Menulis Kerana Duit Dengan Blog. Boleh Ke…..???

Menulis kerana duit? Ya memang betul menulis pun boleh mendatangkan duit. Percaya tak seorang blogger boleh meraih puluhan ribu sebulan hanya dengan menulis.

Tapi….. bergantung kepada diri sendiri. Jika anda menjadi seorang blogger yang menulis kerana duit anda tak boleh berhenti. Jangan malas dan hati kena kuat….

Bagaimana Buat Duit Dengan Blog?

Buat duit dengan blog. Macam menarik bukan? Minat menulis akan mendatangkan duit jika anda mahu. Ada bermacam-macam cara untuk buat duit dengan blog contohnya:

Menulis Kerana Duit

Review Produk

Gunakan kemahiran menulis anda dengan menulis artikel berkenaan produk fizikal atau digital. Sama ada produk sendiri atau produk orang lain. Buat artikel yang bertujuan untuk menjual produk tetapi jangan mendesak sangat. Tulis secara santai dan lebih kepada bersifat menyelesaikan masalah orang lain. Mereka akan membeli tanpa dipaksa.

Daftar sebagai agen affiliate dalam dan luar negara dan tulis artikel di blog anda. Di antara platform affiliate dalam negara seperti Klikjer dan Tim Infokerjaya.

Jika nak merasa pendapatan dalam USD daftar sebagai affiliate di Warrior Plus, Clickbank, Commision Junction dan macam-macam lagi.

Google Adsense

Gunakan blog anda sebagai platform pengiklanan daripada Google. Baca Cara Buat Duit Dengan Adsense. Anda boleh memohon akaun adsense dengan Google tetapi syaratnya agak ketat.

Hanya blog yang mematuhi syarat daripada Google saja layak mendapat akaun adsense. Bila dah dapat senyum sampai telinga. Biarkan Google yang meletakkan iklan di blog anda. Paling best anda dibayar dalam USD 🙂

Pelbagai Medium Pengiklanan

Selain Google Adsense, ada banyak lagi medium pengiklanan yang menggunakan blog seperti Nuffnang, Amazon, Adnow dan macam-macam lagilah.

Nak Belajar Buat Duit Dengan Blog?

Admin tak akan ajar anda buat duit dengan blog sebab admin sendiri pun masih Belajar Buat Duit Online Dengan Blog. Belum layak nak mengajar orang sebab admin sendiri pun tak konsisten 🙂

  • Bertanya dengan mereka yang dah lama ada blog. Minta pendapat mereka, korek ilmu blog dan sebagainya.
  • Beli panduan buat blog ada macam-macam panduan dalam bentuk ebook, video, DVD dan buku bahasa melayu dan inggeris.
  • Pergi kelas belajar buat blog. Kelas face to face buat anda lebih cepat hadam dan boleh bertanya on the spot jika tak faham.

Ini contoh bagaimana dan di mana nak belajar buat duit dengan blog. Pilih cara yang anda mahu, cepat atau lambat bergantung kepada kemahiran dan kemahuan.

Menulis Kerana Duit? Konsisten Dan Jangan Malas….

Ok… ini admin tujukan kepada diri sendiri dan sesiapa saja yang memang menulis kerana duit. Buat duit dengan blog tak susah dan juga BUKAN SENANG.

Pokok pangkalnya diri sendiri.

  • Konsisten
  • Don’t Give Up

Buat duit dengan blog ibarat anda kuli dan anda bos…

Mahu lebih pendapatan rajinkan diri menulis… jangan malas dan banyak berangan…

Ehh… dah jauh menulis. Asalnya admin nak provok diri sendiri saja supaya rajin menulis. Jangan malas sangat.

Konon nak income daripada blog ribu-ribu tapi menulis malas…

Yang menulis kerana duit tu jangan melampau sangat sampai sakit belakang menghadap laptop saja ya 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!