Ingat! Bermula 2019 Nak Merokok 3 Meter Dari Kedai Makan.

Merokok lepas makan dan minum sudah menjadi kebiasaan bagi seorang perokok. Pendek kata, tidak lengkap hidup kalau tidak merokok selepas makan, hilang kenikmatan hidup tetapi ingat! bermula 2019 pastikan anda merokok 3 meter dari kedai makan jika tidak mahu dapat “surat cinta” daripada penguatkuasa.

Sudah tentu kita tidak membawa pita pengukur ketika keluar dari rumah. Untuk pengetahuan, jarak 3 meter bersamaan dengan 10 kaki. Selepas makan atau minum teruslah melangkah keluar dari kawasan kedai makan dalam jarak 10 kaki. Merokoklah sepuas-puasnya.

Merokok 3 meter dari kedai makan atau dalam jarak 10 kaki

Bagaimana jika perokok berdegil merokok dalam kedai makan? Adakah tuan punya kedai akan disaman penguatkuasa?

TIDAK tetapi pengusaha kedai makan dan restoran boleh menghubungi talian ‘hotline’ 03-388942530 yang beroperasi 24 jam untuk membuat aduan perokok yang tetap berdegil.

Ingat! Bermula 2019 Nak Merokok 3 Meter Dari Kedai Makan.

Peraturan larangan merokok di kedai makan itu juga menetapkan pengusaha dan pemilik kedai makan dan restoran mesti:

  • Menaikkan tanda larangan merokok
  • Tidak menyediakan kemudahan untuk merokok seperti bilik khas merokok dan bekas membuang puntung rokok.

Merokok 3 Meter Dari Kedai MakanKementerian turut mempunyai 5,008 pegawai kesihatan persekitaran yang boleh menguatkuasakan peraturan larangan merokok itu selain bantuan pegawai kesihatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bakal dikuatkuasakan Januari tahun depan yang mana mereka melanggarnya boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Mesti Baca: Tips Berhenti Merokok

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Beringatlah semua perokok. Merokok 3 meter dari kedai makan atau dalam jarak 10 kaki.

Kalau degil juga, tunggulah saman.

Nak bayar 10 ribu atau masuk penjara 2 tahun?

Leave a Reply

error: Content is protected !!