Menu

MRT Fasa 2 Operasi Penuh 17 Julai 2017

MRT Fasa 2 Operasi Penuh 17 Julai 2017. Pelancaran Transit Aliran Massa (MRT) dari Semantan ke Kajang sejauh 31 kilometer (km) yang dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada 17 Julai depan bakal menyaksikan pembukaan 19 lagi stesen baharu termasuk tujuh buah stesen bawah tanah.

Perkembangan tersebut sekali gus menyempurnakan projek pembinaan MRT laluan Sungai Buloh- Kajang sejauh 51km dengan kesemuanya melibatkan 31 buah stesen termasuk stesen bertingkat dan stesen bawah tanah.

Pembukaan MRT yang menelan belanja lebih RM22 bilion itu dijangka dapat mengurangkan kesesakan kerana pengangkutan awam mega itu mampu membawa 400,000 penumpang pada setiap hari.

MRT Fasa 2

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, pembukaan 19 stesen baharu yang bermula dari Semantan ke Kajang bakal melalui beberapa kawasan utama di ibu negara.

Mesti Baca: Bagaimana Harga Minyak Petrol Dan Diesel Dikira?

“Antara stesen-stesen tersebut ialah Pasar Seni, Bukit Bintang, Merdeka, Tun Razak Exchange dan Maluri. Kesemua stesen tersebut menggunakan laluan bawah tanah.

“Selain itu, antara stesen lain yang turut dibina di bawah tanah ialah Stesen Muzium Negara dan Cochrane namun selebihnya dibina menggunakan konsep stesen bertingkat seperti MRT Fasa 1,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam – Sumber

Kemudahan awam semakin baik dan kita berharap MRT Fasa 2 yang bermula pada 17 Julai 2017 nanti dapat mengurangkan masalah kesesakan trafik di ibu kota.

Bagi admin, lebih baik gunakan kemudahan seperti MRT, LRT dan sebagainya untuk ke tempat kerja kerana anda tidak perlu memikirkan jalan yang sesak dan hanya membuang masa sahaja.

Leave a Reply

error: Content is protected !!