Menu

MRT Fasa Satu Sungai Buloh-Kajang Dilancarkan Esok

Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang Fasa Satu membabitkan laluan antara Sungai Buloh dan Semantan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok dan operasinya akan bermula pada pukul 6 pagi pada hari berikutnya iaitu Jumaat ini (16 Disember 2016).

Laluan fasa satu itu mempunyai 12 stesen iaitu Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

MRT

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah, fasa kedua dari Semantan ke Kajang yang melibatkan 19 stesen dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2017.

Baca Juga: Kerajaan Yakin Bina Satu Juta Rumah Mampu Milik 2018

Majlis pelancaran MRT Sungai Buloh-Kajang Fasa Satu itu dijangka bermula pada pukul 3 petang esok di stesen Kwasa

MRT dijangka akan mengurangkan kesesakan jalan raya yang sering berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor. Semoga penduduk di sana memanfaatkan sepenuhnya penambahbaikan sistem pengangkutan awam di sana.

Kali terakhir admin naik LRT, komuter dan seumpamanya dah lebih 10 tahun kot 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!