MSAM 2017 Sedang Rancak Di Temerloh Pahang

Minggu Saham Amanah Malaysia atau singkatannya MSAM 2017 yang diadakan di Dataran Temerloh, Pahang menerima sambutan menggalakkan seiring dengan sasaran pengunjung oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) sebanyak 150,000 orang.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pelbagai aktiviti khususnya mengenai pelaburan akan dilaksanakan sepanjang enam hari MSAM bertemakan ‘Pelaburan 360 Hari’ itu.

msam 2017

Acara perasmian MSAM 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 April lepas manakala majlis penutup dijadual disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 25 April ini.

Mesti Baca: Kos Sara Hidup Malaysia Terendah Dalam ASEAN

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk program sampingan seperti ‘MNRB Ringgit Savvy’, cabutan bertuah, Jejak Pelabur Bijak oleh Maybank, Simposium Usahawan PNB-MIDF, dan Seminar Khas Kewangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

MSAM 2017

Pemenang cabutan bertuah MSAM 2017

Pengunjung MSAM juga boleh melawat pelbagai booth yang disertai bank-bank tempatan, syarikat penerbitan akhbar, telekomunikasi dan sebagainya.

Kepada penduduk di Temerloh dan daerah berdekatan jangan lepaskan peluang mengunjungi MSAM 2017 yang julung kalinya diadakan di sini.

Admin pun baru sahaja mengunjunginya dan sambutan memang sangat menggalakkan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!