Siapa Biasa Muntah Naik Kereta?

Muntah naik kereta atau dipanggil mabuk kenderaan memang perkara biasa bagi sesetengah kanak-kanak tetapi orang dewasa juga tidak terlepas.

Keseronokan bercuti dengan menaiki kenderaan dalam perjalanan yang jauh akan sedikit terganggu jika anak-anak kerap muntah dalam kereta. Kadang-kadang ibu bapa tidak sempat bertindak berhenti tepi jalan untuk anak muntah, habis kereta dipenuhi muntah yang busuk dan menjijikkan.

Apakah gejala dan tanda-tanda seseorang itu akan muntah dalam kenderaan? bagaimana cara mengatasi dan langkah pencegahahan mabuk kenderaan ini?

Siapa Biasa Muntah Naik Kereta?

Kalau anak anda atau orang dewasa sekalipun kerap mengalami muntah dalam kereta, cuba perhatikan tanda-tanda mabuk kenderaan, mungkin anda sempat bertindak awal memberhentikan kenderaan sebelum mereka muntah.

Di antara tanda-tanda mabuk kenderaan seperti berikut:

  • Loya
  • Berpeluh
  • Pening
  • Berasa penat
  • Muntah-muntah (Gejala ini jarang berlaku dalam kalangan bayi di bawah dua tahun dan kebanyakan yang mengalaminya berusia antara tiga tiga hingga 12 tahun).

Mesti Baca: Anak Nampak Lemah? Mungkin Cacing?

Muntah Naik Kereta

Langkah-langkah Pencegahan Mabuk Kenderaan

  1. Tidak memulakan perjalanan dengan perut kosong. Namun elak pengambilan makanan berlebihan.
  2. Bagi kanak-kanak mudah mengalami masalah ini, elak makan banyak sebelum atau semasa perjalanan.
  3. Jika loya, letakkan kedudukan kepala stabil atau dalam pegun, hentikan aktiviti boleh memburukkan lagi keadaan mabuk seperti membaca atau menonton sesuatu.
  4. Tingkatkan pengudaraan dalam ruang diduduki.
  5. Pengambilan bahan semula jadi boleh mengurangkan mabuk seperti halia digalakkan.
  6. Alih kepada posisi betul:
  • Kereta: Duduk bahagian penumpang depan dan halakan pandangan ke depan berbanding memandang tingkap sisi.
  • Bot: Cuba berada di bahagian tengah. Baring secara terlentang dengan kepala disokong bantal. Pastikan kepala pegun dan mata tertutup. Jika di atas dek, halakan posisi ke bahagian hadapan.
  • Kapal terbang: Dapatkan tempat duduk di bahagian tengah kabin kerana pergerakan adalah kurang ketara. Bersandar di kerusi, pegunkan kepala dan pandang ke hadapan.

Pengambilan ubat seperti antihistamin atau scopolamines seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

Sesetengah orang apabila meningkat dewasa, gejala muntah dalam kereta akan hilang dengan sendirinya. Jadi, tidak ada apa perlu dibimbangkan jika anak anda mengalami mabuk kenderaan.  Ianya bukan penyakit.

Sumber Artikel

Leave a Reply

error: Content is protected !!