Menu

Musang King Raub Sudah Luruh

Durian Musang King Raub yang terkenal dengan keenakannya sudah mula luruh dan akan berbuah selama lima bulan hingga Ogos 2017 ini manakala bagi penggemar durian kampung pula dijangka mulai luruh tidak lama lagi.

Musim luruh Musang King Raub mendahului durian di kawasan lain kerana faktor geografinya yang berbukit-bukau dan kedudukannya di banjaran Titiwangsa beserta kesesuaian tanah.

Musang King Raub

Menurut Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Hasan Jusoh, minggu lalu harga ladang Musang King ialah RM38 sekilogram, menurun daripada RM50 sekilogram sebelumnya memandangkan bekalan buah yang semakin meningkat.

“Bagaimanapun harga runcit Musang King Raub ialah sekitar RM50 hingga RM60 sekilogram bergantung kepada keadaan seperti keadaan buah, tempoh buah disimpan dan kawasan jualan,” katanya.

Tempoyak Musang King Raub Jadi Igauan

Selain buah durian yang segar, produk daripada Musang King yang mendapat permintaan tinggi juga ialah isi durian sejuk beku yang boleh bertahan sehingga enam bulan dan tempoyak yang diperbuat daripada isi Musang King.

Musang King Raub

Tempoyak yang diperbuat daripada isi Musang King mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang lebih sedap. Lazimnya, tempoyak Musang King dijual pada harga RM60 sekilogram dan dijual dalam dua paket menjadikan harga jualannya RM120.

Mesti Baca: Ada Apa Dengan Tahun Melawat Pahang 2017?

Sekadar makluman, Musang King boleh dibezakan dengan tapak durinya yang lebih lebar dan tajam berbanding durian lain dan mempunyai tanda tersendiri iaitu tanda seperti tapak sulaiman di bawah buahnya.

Penggemar Musang King Raub bolehlah berkunjung ke daerah Raub, Pahang mulai hari ini.

Admin tak berapa gemar Musang King, pilihan admin durian kampung dan D24 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!