Nama Lain Lemak Babi Dalam Makanan Yang Perlu Kita Tahu

Nama Lain Lemak Babi Dalam Makanan Yang Perlu Kita Tahu. Baru-baru ini agak kecoh juga McDonald’s menggunakan lemak babi dalam kopi mereka tapi JAKIM dan McDonald’s Malaysia Nafi Hidang Kopi Lemak Khinzir dalam produk mereka.

Umat islam amat mementingkan halal haram dalam soal makan minum ni. Tapi, dalam tak sedar banyak dah lemak babi yang masuk dalam badan kita tanpa sedar.

Sebab itu penting untuk kita ambil tahu serba sedikit nama lain lemak babi yang sering digunakan dalam produk makanan.

Belek dahulu bahan-bahan atau kandungan dalam makanan yang kita nak beli. Kalau rasa ragu-ragu baik jangan beli terutama produk makanan dari luar negara.

Nama Lain Lemak Babi Dalam Makanan Yang Perlu Kita Tahu

Nama Lain Lemak Babi

     Kod Yang Mengandungi Unsur Babi

Ambil perhatian TIDAK semua Kod E ada unsur babi.

Perasan tak kadang-kadang kita jumpa produk yang bertulis:

  • “This Product Contain Substance From Porcine”
  • “Produk Ini Mengandungi Bahan Daripada Babi”

Contoh lain penggunaan istilah Porcine adalah pada label makanan seperti:

  • “The Source Of Gelatin Capsule Is Porcine”
  • “Sumber Kapsul Daripada Babi”

Baca Juga: Coklat Daim Dan Toblerone Tiada Sijil Halal JAKIM

Ok itu contoh label yang mengandungi babi yang biasa terdapat dalam produk makanan. Jom kita lihat pula istilah-istilah sains merujuk kepada nama lain lemak babi yang sering digunakan dalam produk makanan yang mengandungi unsur lemak babi.

  • Pork – Istilah yang digunakan untuk daging babi dalam masakan
  • Swine – Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesies babi
  • Hog – Istilah untuk babi dewasa melebihi 50 kg
  • Boar – Babi liar/babi hutan
  • Lard – Lemak babi yang digunakan untuk membuat minyak masak dan sabun
  • Bacon – Daging haiwan yang disalai kebiasaannya daging babi
  • Ham – Daging bahagian paha babi
  • Sow – Istilah untuk babi betina dewasa
  • Sow Milk – Susu babi
  • Pig – Istilah umum untuk babi. Merujuk kepada babi muda kurang 50 kg
  • Porcine – Istilah popular dalam bidang sains/perubatan untuk yang berkaitan dengan unsur babi.

Nama Lain Lemak Babi

Itulah serba sedikit nama lain lemak babi yang MESTI kita ambil tahu. Berhati-hati ketika membeli produk makanan terutama dari luar negara.

Jangan main beli je. Tengok dahulu bahan-bahan atau kalau rasa janggal baik tak payah beli. Cukuplah menternak babi dalam tubuh kita.

Maaf cakap.. mungkin salah satu sebab ramai manusia kini berperangai seperti babi angkara makanan yang dibeli tanpa usul periksa ini.

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!