Masih Ada Orang Tua? Baca Nasihat Jasmin Hamid.

Masih Ada Orang Tua? Baca Nasihat Jasmin Hamid. Siapa yang masih mempunyai ibu bapa, berbaktilah kepada mereka sehingga ke akhir hayat. Sesibuk mana pun kita mengejar kekayaan dunia, bagi yang masih ada orang tua, ketahuilah mereka adalah kunci ke pintu syurga.

Sudah banyak kisah masyarakat dahulu dan sekarang yang kita baca bagaimana mereka ditimpa musibah kerana mengabaikan tanggungjawab kepada orang tua.

Salah satu punca rezeki berat dan susah nak masuk adalah kerana mengecewakan hati orang tua, Tuhan melaknat anak-anak yang derhaka dan menumpahkan air mata orang tua terutama ibu.

Kenal Jasmin Hamid? salah seorang pelakon era 80an yang masih popular ketika ini. Kecantikan beliau masih teguh walaupun semakin berusia. Bukan kecantikan luaran Jasmin Hamid yang admin hendak dituliskan di sini tetapi kecantikan dalaman beliau tentang bagaimana berbakti kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup.

Masih Ada Orang Tua? Baca Nasihat Jasmin Hamid.

Baca nasihat Jasmin Hamid jika masih ada orang tua. Tidak perlu menjadi ustaz atau ustazah untuk memberi nasihat. Siapa sahaja yang beri nasihat yang baik bersyukurlah kerana masih ada yag memberi peringatan ketika ketika lalai.

Masih Ada Orang Tua? Baca Nasihat Jasmin Hamid.

Pelakon Jasmin Hamid mengakui rindu pada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia pada tahun 2016.

Menerusi entri di Instagram (IG), Jasmin Hamid telah berkongsi gambar ketika mengaja kedua ibu bapanya yang sedang sakit di hospital sambil menyuapkan makanan kepada mereka.

“Tahun 2016, Allah telah tamatkan perkhidmatan saya dan adik -adik bilamana Allah menjemput kedua Pintu Syurga kami mengadapNya. Dunia kami jadi gelap pada masa tu. Tapi sebagai orang yang beriman, kita harus redha dengan ketentuanNya.

“Kami rindu untuk terus berbakti pada Pintu Syurga kami namun kami bersyukur kerana Allah beri kami peluang untuk berbakti sehingga akhir hayat Pintu Syurga kami.

“Kami bersyukur kerana Allah menjemput kedua Pintu Syurga kami dalam keadaan tenang dan pulang pada hari yang baik. Allah telah tamatkan penderitaan Pintu Syurga kami di atas dunia ini dari terus menanggung kesakitan dan Sakit yang Allah turunkan itu sebagai pencuci dosa hambaNya di atas muka bumi ini.

“Mohon Allah tempatkan kedua Pintu Syurga kami dan seluruh umat Islam yang pulang lebih dulu dari kita , di dalam syurgaNYA tanpa hisab,” tulisnya.

Mesti Baca: Perhatian Ibu Bapa! Ada 7 Kesan Buruk Anak Asyik Main Gajet

Masih Ada Orang Tua? Baca Nasihat Jasmin Hamid.

Jasmin Hamid juga menasihati peminatnya yang masih mempunyai kedua orang tua agar mereka berbakti kepada mereka sementara masih ada peluang.

“Pada semua yang masih ada Pintu Syurga, teruskan berbakti pada mereka. Jangan jadikan alasan sibuk untuk tidak bersama mereka. Selagi kita hidup, kerja tidak akan habis.

“Cari masa untuk bersama mereka. Bukan duit yang mereka minta tapi kasih sayang dan perhatian anak-anak yang di perlukan terutama bila mereka sedang sakit,” tulisnya lagi.

Rata-rata mengakui sebak apabila membaca nasihat Jasmin Hamid dan mereka turut mendoakan agar kedua ibu bapanya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Admin pun masih ada ibu yang semakin meningkat usia. Garis-garis di wajah ibu menunjukkan betapa pengalaman hidupnya membesarkan anak-anak terutama selepas kematian suami dalam usia yang masih muda sukar dicari ganti.

Membaca nasihat Jasmin Hamid membuatkan admin sayu. Pesan admin kepada diri sendiri dan semua yang masih ada orang tua, berbaktilah kepada mereka kerana apabila ibu bapa telah tiada masa itu kita akan merasai kesunyian sebenar.

Hilang isteri boleh cari lain tetapi ibu bapa hanya SATU dan kita tidak akan berjumpa mereka sehingga hari kiamat, itu pun jika dapat jumpa di sana nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!