Pulau Pinang, Selangor Hutang Terendah. Pahang Juara Hutang Tertinggi

Menurut Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2016, Pulau Pinang dan Selangor mencatatkan hutang terendah di antara semua negeri di Malaysia kerana berjaya menurunkan hutang mereka.

Pahang muncul juara hutang tertinggi 2016 manakala negeri-negeri yang meningkat hutang pula diikuti Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah dan Terengganu.

Negeri admin iaitu Pahang menunjukkan prestasi terumbang-ambing dalam Liga Super Malaysia 2017 tetapi dengan kemenangan hutang tertinggi 2016 sedikit mengubat kekecewaan. Hehehehe…..

Apa yang anda nampak dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 ini?

Laporan ini seperti satu kemenangan moral kepada Pakatan Harapan menjelang PRU14 yang mana Pulau Pinang dan Selangor adalah negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang sebagai membuktikan kemampuan mereka mentadbir negeri dan negara jika diberi peluang.

Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017

Ini hanya pendapat peribadi admin saja. Pihak kerajaan kena bekerja keras mulai sekarang jika ingin menawan hati rakyat menjelang PRU 14 kerana laporan sebegini boleh menjadi modal politik yang cukup kuat untuk pihak pembangkang.

Pulau Pinang, Selangor Hutang Terendah. Pahang Juara Hutang Tertinggi

PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan jumlah hutang kerajaan Pulau Pinang dan Selangor terendah berbanding 12 negeri lain.

Menurut laporan itu, Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang hutang tertunggak pada akhir tahun lalu, berbanding RM1.49 juta yang ditanggung pada akhir 2015.

Ia disusuli Selangor yang mempunyai hutang sebanyak RM14.67 juta, berbanding RM27.09 juta pada akhir 2015.

 Hutang Terendah

Bagaimanapun, hutang ditanggung Pahang meningkat dan merupakan jumlah tertinggi iaitu RM1,087.93 juta berbanding RM929.85 juta pada akhir 2015.

Ia diikuti Kedah yang mempunyai jumlah hutang ke-2 tertinggi, iaitu RM1,028.85 juta berbanding RM1,027.69 pada akhir 2015.

Secara keseluruhan, tunggakan bayaran balik pinjaman kerajaan negeri di seluruh negara meningkat RM0.240 bilion tahun lalu, berbanding 2015.

Mesti Baca: Cara Menggunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Hutang kerajaan negeri secara keseluruhannya meningkat daripada RM3.985 bilion pada akhir 2015 kepada RM4.225 bilion pada akhir tahun lalu.

Peningkatan itu melibatkan pinjaman Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sabah dan Terengganu.

Manakala, tunggakan bayaran balik pinjaman bagi Johor, Perak, Sarawak dan Selangor berkurangan.

Sebanyak RM0.482 bilion dibayar kerajaan negeri pada 2016.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini mengemukakan 353 syor bagi membantu kerajaan persekutuan, badan berkanun persekutuan dan kerajaan negeri memperbaiki kelemahan dilaporkan.

Mesti Baca: Wang Tak Dituntut: Pernah Buka Banyak Akaun Bank Wajib Baca…

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 2 syor terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016, dengan 90 syor kepada aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan.

Sebanyak 17 syor kepada syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan dan 244 syor terhadap pengurusan aktiviti dan kewangan kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri – Sumber

Tahniah Pulau Pinang dan Selangor yang mencatatkan hutang terendah bagi semua negeri di Malaysia 2016.

Pahang yang muncul negeri hutang tertinggi mesti mengambil tindakan segera kerana hutang dicatat mereka meningkat setiap tahun.

Entah di mana silapnya negeri admin, hasil hutan melimpah ruah, tempat pelancongan popular banyak tetapi hutang semakin naik..

Apapun, ini isyarat jelas kepada kerajaan sekarang supaya bekerja kuat dan mengatasi segera masalah serta isu semasa sebelum PRU 14 kerana pakatan pembangkang telah menunjukkan kemampuan mereka mentadbir ekonomi negeri dengan baik.

Leave a Reply

error: Content is protected !!