Negeri Mana Giliran Jadi YDP Agong?

Perletakan jawatan YDP Agong, Sultan Muhammad V sangat mengejutkan rakyat Malaysia kerana ini kali pertama dalam sejarah YDP Agong meletak jawatan. Berbagai-bagai persepsi timbul, apakah puncanya YDP Agong meletak jawatan? tekanan politik? kehidupan peribadi? Apa pun jawapannya, sebagai rakyat, jaga adab susila. Jangan mengeluarkan kenyataan atau komen yang biadap terhadap baginda. Kita tidak tahu cerita sebenar, jangan memandai-mandai. Kita tinggalkan isu tersebut kerana yang menjadi persoalan sekarang, negeri mana giliran jadi YDP Agong?

Negeri Mana Giliran Jadi YDP Agong?

Sepatutnya, selepas perletakan jawatan Sultan Muhammad V dari Kelantan, negeri seterusnya yang akan mengambil alih adalah Pahang, Johor dan Perak bagi melengkapi pusingan giliran. Untuk pengetahuan, Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah dalam keadaan gering dan tidak mungkin baginda akan menjadi YDP Agong.

Pilihan yang tinggal seterusnya adalah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail. Secara peribadi, admin melihat hubungan di antara kerajaan persekutuan dengan kerabat diraja Johor dilihat nampak sedikit keruh, boleh jadi Sultan Johor menolak perlantikan sebagai YDP Agong. Ketegasan baginda di samping Tengku Mahkota Johor dilihat bertentangan dengan kerajaan persekutuan dalam banyak perkara. Satu perkembangan yang sangat menarik untuk disaksikan jika baginda menerima jawatan YDP Agong.

Mesti Baca: Bagaimana Proses Dan Prosedur Pengampunan Diraja?

Selepas Johor adalah Perak. Anda kata, Sultan Johor menolak, pilihan yang tinggal adalah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Secara peribadi, admin melihat Sultan Perak di antara pilihan terbaik kerana keperibadian baginda tampak menarik dengan kenyataan berlapik tetapi tegas dalam soal melayu, agama islam dan rakyat.

Apapun, kita tunggu perkembangan selanjutnya. Perletakan jawatan YDP Agong ini adalah pertama kali dalam sejarah. Negeri mana giliran jadi YDP Agong? Memang menarik untuk disaksikan.

Cara Pemilihan YDP Agong

Pemilihan YDP Agong yang baru mesti dibuat dalam tempoh empat minggu daripada tarikh kekosongan jawatan. Baginda mesti dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja. Undi rahsia Raja-Raja penentu Agong, Timbalan yang baharu

  1. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertemu akan menyembah syarat kepada setiap Raja bagi memohon perkenan sama ada Baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih.

  2. Raja-raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan negerinya akan diletakkan di tempat akhir sekali dalam senarai pencalonan pada masa itu.

Giliran Jadi YDP Agong

Giliran Jadi YDP Agong

3. Di bawah kategori kelayakan seorang Raja atau Sultan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, hanya Raja-Raja yang boleh dipilih selepas baginda memberi perkenan untuk dipilih, hanya Raja-Raja yang boleh mengundi dan jika seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai proksi.

4. Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan dipilih, tetapi peraturan itu tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-sembilan.

5. Selepas itu senarai baharu yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

6. Perlembagaan juga memperuntukkan seorang Raja layak dipilih kecuali belum dewasa atau telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa Baginda tidak berhasrat dipilih.

7. Kelayakan juga hilang jika Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan secara undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan kelemahan akal atau tubuhnya atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima orang Raja.

Prosedur Lain Pemilihan YDP Agong

  • Apabila Majlis Raja-raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri tidak hadir walaupun mereka anggota Majlis. Pemilihan dibuat secara undi sulit dan Kertas undi yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama. Kemudiannya dimasukkan dalam peti undi. Kertas undi dimusnahkan di hadapan Raja-raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan. (Dibakar/dirincih)
  • Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Dalam Mesyuarat Pemilihan itu, hanya Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.

Sumber

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!