Jurulatih Harimau Malaya Sudah Ada, Ghaddar Ke JDT Pula….

Hari ini ada dua perkara menarik berlaku dalam dunia sukan bola sepak tanah air iaitu penantian siapa yang bakal menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya dan juga teki-teki status Mohammed Ghaddar yang dikatakan akan beralih arah daripada pasukan Kelantan ke selatan tanah air menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Semuanya terjawab sudah hari ini. Ada yang gembira, ada yang marah tetapi inilah asam garam bola sepak. Jurulatih dan pemain datang dan pergi.

Nelo Vingada Jurulatih Harimau Malaya

Selepas hampir sebulan berteka-teki, akhirnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Nelo Vingada sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu menggantikan Datuk Ong Kim Swee.

Dikenali dengan nama timangan ‘The Professor‘ kerana kaedah pengurusannya, Vingada bakal berdepan ujian sukar mengemudi skuad negara menghadapi aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di Pyongyang pada 8 Jun ini.

Mesti Baca: Final Piala FA 2017 Pertembungan Dua Gergasi Liga Super

Vingada, 64, atau nama penuhnya Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada yang akan memulakan tugas pada 25 Mei ini, berkata menjadi satu penghargaan besar buatnya untuk dilantik ke jawatan terbabit.

Jurulatih Harimau Malaya

Jawatan terakhir beliau adalah sebagai ketua jurulatih kelab North East United FC dalam saingan Liga Super India. “Saya mahu berterima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana banyak berhubung dengan saya dan bertemu dengan saya di Johor baru-baru ini.

“Menjadi satu penghargaan kepada saya untuk menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia.

“Banyak kerja perlu dilakukan segera dan saya sudah tidak sabar untuk memulakannya,” kata Vingada yang mempunyai pengalaman luas selama 35 tahun dalam bidang pengurusan.

Kali terakhir Malaysia menggunakan khidmat jurulatih import pada tahun 2004 iaitu Bertalan Bicskei dari Hungary – Sumber Berita Harian Online

Penyerang Berbisa, Mohammed Ghaddar Sah Ke JDT

Dilaporkan melalui laman instagram peribadi Mohammed Ghaddar, beliau mengesahkan akan menyertai JDT untuk baki saingan Liga Super Malaysia 2017.

Sebelum ini, beliau berkata masih mahu kekal bersama Kelantan seperti mana janji beliau pada awal musim sebelum ini namun nampaknya keadaan tidak menginzinkan dan atas faktor keluarga.

“Saya tidak berniat melukakan hati penyokong Kelantan, namun anda tahu saya mempunyai keluarga yang mengharapkan nafkah daripada saya.

“Saya pernah beritahu akan setia dengan Kelantan namun selepas berbincang dengan beberapa pihak, saya terpaksa membuat keputusan untuk berpindah.”

Mesti Baca: Orang Pantai Timur Paling Ramai Cari Maria Ozawa

“Ini keputusan saya sendiri dan tiada desakan mana-mana pihak atau kaitan dengan isu pasukan Kelantan.”

“Saya harap penyokong memahami situasi seorang pemain bola.”

Sebagai rekod, Ghaddar sudah melakukan 18 gol dalam Liga Super musim ini setakat ini. Beliau sudah melakukan 2 hatrik dan 1 aksi 4 gol dalam satu perlawanan – Sumber Berita Harian Online

Diharapkan pasukan kebangsaan mendapat suntikan semangat baru dengan perlantikan Nelo Vingada sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.

Pemergian Ghaddar memang mengecewakan sebahagian besar penyokong pasukan Kelantan tetapi apakan daya, situasi semasa pasukan The Red Warrior memungkinkan lebih ramai pemain angkat kaki ketika jendela perpindahan nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!