Menu

Aduh! Ngerinya…. Orang Dulu Cabut Gigi Guna…….

Cabut gigi bukan semua orang berani walaupun berbadan sado dan berketak-ketak. Tambah pula nak kena cucuk jarum halus dekat gusi tu. Aduhhh…. ngilu…. ngeri… rasa nak terajang saja doktor gigi tu…. Admin pun baru saja cabut gigi awal tahun baru ni tuhan saja tahu macam mana dia punya ketar macam nak kena khatan sekali lagi.

Tapi…. pernah ke kita terfikir orang dahulu cabut gigi macam mana? dengan peralatan apa? ada bius tak? jarum besar mana?

Dan… tambah dahsyat lagi, lebih ramai yang mati selepas cabut gigi? Tak percaya? Baca je artikel yang admin petik daripada Harian Metro ni..

Takut Cabut Gigi? Relaks…. Orang Dulu Cabut Gigi Guna…….

Ramai masih takut setiap kali berjumpa doktor gigi walaupun sudah tahun 2017, tetapi gambar era Victoria ini mendedahkan bagaimana ngerinya prosedur merawat gigi pada zaman itu.

Sama seperti hari ini, kerosakan gigi sesuatu yang tidak menyenangkan. Tetapi pada tahun 1800-an dan awal 1900-an, mencabut gigi satu-satunya rawatan yang ada.

Cabut Gigi

Kebanyakan mereka mendapatkan rawatan pergigian daripada tukang gunting rambut atau tukang besi, yang turut bertugas sebagai pakar bedah.

‘Pakar bedah’ amatur itu menggunakan playar atau forsep bagi mencabut gigi rosak tanpa menggunakan sebarang anestetik untuk mengurangkan kesakitan.

Mesti Baca: Harga Minyak Naik Harga Rawatan Gigi Pun Naik?

Malangnya, puluhan ribu orang mati selepas menjalani prosedur seperti itu akibat jangkitan kuman dan komplikasi lain.

Pada abad ke-19, perubatan gigi amat menyeramkan di Britain sehinggalah Akta Doktor Gigi diluluskan pada 1878, yang mengehadkan gelaran ‘doktor gigi’ dan ‘pakar bedah pergigian’ hanya kepada pengamal berdaftar.

Cabut Gigi

Imej sejak abad ke-19 dan awal ke-20 ini menunjukkan kegerunan bidang pergigian era Victoria serta betapa bahaya dan menyeksakan untuk mendapat rawatan doktor gigi.

Dalam satu imej diambil pada 1855, seorang pesakit dilihat merenung ketakutan ke arah kamera sambil berpaut pada lengan doktor gigi ketika giginya dicabut menggunakan playar.

Gambar lain diambil pada 1892 pula menunjukkan seorang pembantu terpaksa membantu menahan seorang pesakit daripada melawan doktor yang cuba mencabut giginya – Sumber

Anda lebih rela menanggung sakit sekejap kena cucuk atau terus menanggung sakit gigi sampai bila-bila?

Admin tak tahan menderita sakit akhirnya cabut juga walaupun kali terakhir cabut gigi masa sekolah rendah 30 tahun dahulu…

Zaman moden dengan peralatan canggih dan macam-macam jenis ubat sakit cabut gigi sekejap saja ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!