Orang Kampung Simpan Setem Harga Lebih 5 Juta

Siapa hobi simpan setem boleh mengambil inspirasi daripada seorang pemilik setem lama Mohd Yusof Mat, 55, dari Kampung Setol, Tasek Gelugor. Siapa sangka setem dalam simpanannya kini berharga jutaan ringgit!

Siapa ada simpan setem lama tu boleh cuba risik berapa nilai semasa. Mana tahu boleh jadi jutawan segera 🙂

Setem Straits Settlements atau setem Negeri-Negeri Selat berusia 141 tahun bernilai sekurang-kurangnya 5 juta. Pemilik setem bernilai jutaan ringgit tersebut adalah Mohd Yusof Mat, 55, dari Kampung Setol, Tasek Gelugor yang mula menyimpan setem tersebut sejak berusia 10 tahun selepas diberikan arwah datuknya, Ahmad Abu.

Setem-setem tersebut dikeluarkan pada 1876 dan tertera imej Ratu Victoria iaitu pemerintah Empayar Inggeris ketika itu dan Pulau Pinang adalah satu daripada tiga negeri Selat yang menggunakannya dalam urusan pentadbiran selain Melaka dan Singapura.

Mesti Baca: Tarikh Bayaran BR1M 2017 Bermula 18 Februari

Simpan Setem

Menurut Mohd Yusof Mat, setem Negeri-Negeri Selat dikeluarkan pada 1876 selepas setem pertama dunia, Penny Black. Nilai yang tercatat pada setem-setem tersebut adalah 10 sen, 50 sen, ‘one dollar’, ‘two dollar’ dan ‘five dollar’.

“Saya ingin menjual setem tersebut tetapi sukar mendapat pelanggan selain berhadapan masalah kesihatan yang menyukarnya mencari pelanggan yang sanggup membeli setem tersebut, “kata Mohd Yusof Mat.

Menurut beliau lagi, sebelum ini ada pihak yang menjual setem ‘Straits Settlements’ yang dikeluarkan pada 1921 pada harga RM50,000, manakala setem berharga 15 sen bernilai RM5 juta selepas 50 tahun.

“Jika nilai setem mencecah RM5 juta selepas 50 tahun, setem dalam simpanan saya tentu lebih tinggi nilai kerana berusia 141 tahun.

“Orang Inggeris sangat berminat dengan koleksi setem itu kerana ia bernilai sejarah menyebabkan harganya mencecah jutaan ringgit,” katanya.

Selain setem, Mohd Yusof menyimpan geran tanah lama berusia 100 tahun dan menggunakan setem Straits Settlements dalam urus niaga dengan pemilik tanah ketika itu selain setem Seniman Agung Tan Sri P Ramlee – Sumber

Mesti Baca: Mak Ayah Dikejar Along, PPIM Bantu Mangsa

Admin nak cakap satu je…

Dengan hobi kita boleh buat duit sebenarnya.

Begitu juga simpan setem, simpan duit lama dan sebagainya. Barang lama ni semakin lama nilai semakin tinggi.

Sampai masa ada orang nak jual je 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!