Menu

Pahang Kekal Liga Super Musim Depan

Pasukan Pahang ibarat terlepas hukuman gantung apabila terselamat daripada tersingkir ke liga perdana musim depan. Ketika liga super hampir melabuhkan tirainya dengan semua pasukan akan berdepan lawan masing-masing dalam perlawanan terakhir liga musim ini peminat pasukan Pahang dikejutkan dengan berita “Pahang Kekal Liga Super Musim Depan” walaupun sedang menghuni tangga terbawah Liga Super Malaysia musim ini.

Bagaimana Kedudukan Tercorot Pahang Kekal Liga Super Musim Depan?

Semuanya bermula daripada perlawanan di antara Pahang dan Kedah di Stadium Darul Aman pada 03 Ogos 2016 yang mana salah seorang pemain Kedah iaitu Mohd Rizal Ghazali diturunkan dalam kesebelasan utama Kedah yang menewaskan Pahang FC dengan keputusan 1-0 hasil jaringan penalti Smeltz Edward pada minit ke 29.

Baca Juga: Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2016: Misi VS Misi

Mengikut rekod pemain tersebut telah mengutip tiga kad kuning sebelum perlawanan dengan Pahang dan mengikut peraturan pemain tersebut digantung serta tidak boleh diturunkan dalam perlawanan ini.

Bertindak mengikut laporan, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bermesyuarat pada 19/10/2016 membuat keputusan Kedah telah bersalah kerana melanggar:

‘Artikel 71(c) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Obligasi Pasukan’ dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 57.1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Ketidaklayakkan’ dan dikenakan hukuman berikut:

i. Dilucutkan hak bagi perlawanan Liga Super 2016 menentang Pahang pada 3 Ogos 2016 yang telah berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan pasukan Kedah dikira telah kalah perlawanan tersebut dengan jaringan Kedah 0-3 Pahang;

ii. Didenda sebanyak RM5,000.00; dan

iii. Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Sumber 

Keputusan FAM ini menidakkan kemenangan Kedah dalam perlawanan tersebut dan Pahang diberi kemenangan percuma 3-0 dan mendapat tambahan 3 mata untuk memperbaiki kedudukan liga super daripada kedudukan tercorot ke tangga ke-8 liga seterusnya terkeluar daripada zon penyingkiran.

Pahang Kekal Liga Super Musim Depan

Sumber Gambar: tokgajah.com

Walau apa pun keputusan dalam perlawanan terakhir liga menentang T-Team nanti pasukan Pahang telah sah terselamat daripada tersingkir ke liga perdana musim depan hasil kemenangan percuma ini.

Tahniah Pahang kekal liga super musim depan dan terselamat daripada tersingkir ke liga perdana. Pengurusan Pahang tidak boleh terlalu gembira dengan berita ini kerana pasukan terselamat bukan kerana beraksi baik tetapi seperti mendapat ihsan akibat kesilapan yang mungkin tak disengajakan oleh Kedah.

Jadikan pengalaman pahit musim ini untuk menyediakan pasukan yang lebih mantap pada musim depan. Prestasi buruk Pahang dalam liga super musim ini membangkitkan kemarahan peminat kerana daripada sebuah pasukan hebat dua musim sebelumnya berubah menjadi pasukan lubuk mendapatkan mata akibat rombakan besar-besaran pasukan dengan barisan pemain muda yang cetek pengalaman beraksi di peringkat tertinggi.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!