Panas! Ramai Kakitangan Kerajaan Akan Diberhentikan?

Hari ini berlegar-legar di laman sosial Facebook dan Whatsapp ramai kakitangan kerajaan akan diberhentikan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Kakitangan kerajaan pun tak senang duduk apabila mendengar berita buruk ini..

Tapi… jangan gelabah sebab ianya baru di peringkat cadangan saja dan orang yang mencadangkannnya pula dah berpencen!

Dah pencen bolehlah berkokok.. masa dalam perkhidmatan awam dia pun terlompat dengar berita ini betul tak?

Jom kita baca apa cerita sebenarnya ramai kakitangan kerajaan akan diberhentikan ini..

Panas! Ramai Kakitangan Kerajaan Akan Diberhentikan?

Bekas Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd Kassim serta Presiden MEA, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob sepakat kerajaan mesti mengurangkan saiz kakitangan awam ketika ini.

Kakitangan Kerajaan Akan Diberhentikan

Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd Kassim

Kata Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd Kassim, kerajaan perlu mempertimbangkan kemungkinan untuk mengurangkan lambakan kakitangan dalam perkhidmatan awam sekiranya mahu mencapai kadar defisit pada tiga peratus.

“Untuk melaksanakan perkara ini secara berperingkat, Parlimen boleh mewujudkan jawatankuasa untuk memantau prestasi pegawai atasan kerajaan dan memberi mereka keupayaan untuk memberhentikan pegawai-pegawai ini jika gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Ketika ini, Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah penduduk yang tertinggi di Asia Pasifik, seramai 1.6 juta orang mewakili 11 peratus daripada tenaga kerja di negara ini.

Kerajaan dijangka membelanjakan sebanyak RM76 bilion untuk gaji dan elaun bagi perkhidmatan awam pada tahun ini, dengan RM21 bilion untuk bayaran pencen.

Mesti Baca: 75,819 Rakyat Malaysia Hilang Kerja Sejak 2015

Sementara itu, Presiden MEA, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob berkata, terdapat beberapa sektor yang memerlukan jumlah pekerja lebih ramai terutama dalam sektor penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Sektor yang perlu dikurangkan ialah kakitangan pentadbiran kerana mempunyai sistem teknologi maklumat yang lebih efisien dan kita juga perlu ke arah kerajaan elektronik pada masa depan kata Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob – Sumber

Ok jangan gelabah semua kakitangan kerajaan..

Berita ramai kakitangan kerajaan akan diberhentikan ni baru cadangan saja..

Itu pun datangnya daripada orang yang dah pencen dan dah hidup senang..

Mana nak fikir kakitangan awam peringkat bawahan yang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni..

Admin malas nak komen panjang..

Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!