Menu

Parkir Percuma Enam Bulan Stesen LRT Ampang Bermula 01 April 2017

Parkir Percuma Enam Bulan Stesen LRT Ampang Bermula 01 April 2017. Pengguna berpeluang menikmati kemudahan parkir percuma di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang di sini mulai esok selama enam bulan sempena promosi khas Ulang Tahun ke-20 LRT Laluan Ampang.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata, tawaran istimewa ini akan dilaksanakan sehingga 30 September depan.

Parkir Percuma Enam Bulan Stesen LRT Ampang

Katanya, selain menghargai sokongan padu pengguna, usaha itu diharap dapat menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam untuk Laluan Ampang dan Sri Petaling terutamanya penduduk di sekitar Ampang.

“Bunting akan dipasangkan di sekitar Stesen LRT Ampang untuk memudahkan pergerakan orang ramai ke kompleks letak kereta tersebut,” katanya melalui satu kenyataan akhbar, di sini hari ini.

Mesti Baca: Jadual Tambang MRT Fasa 1 Sungai Buloh-Semantan

Kompleks parkir lima tingkat itu mempunyai 1,140 petak parkir dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk lif, kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) dan laluan pejalan kaki berbumbung ke stesen LRT Ampang – Sumber Utusan Online

Pengguna setia LRT pasti gembira parkir percuma enam bulan Stesen LRT Ampang bermula 01 April 2017 ini terutama mereka yang kerap meletakkan kenderaan mereka di Stesen LRT Ampang.

Bagi mengelakkan kesesakan jalan raya, gunakan khidmat LRT dan seumpamanya. Perjalanan ke tempat kerja atau sekadar bersiar-siar di ibu kota lebih mudah, selesa dan pantas dengan perkhidmatan awam ini.

Admin pun suka naik LRT pada zaman menetap di KL dahulu tapi dah bertahun tak naik LRT sejak tak tinggal di Kuala Lumpur lagi 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!