Pelancaran Misi Angkasa Lepas China

Misi angkasa lepas China yang dikendalikan manusia dengan membawa dua angkasawan ke orbit berjaya dilancarkan lapor media tempatan.

Angkasawan Jing Haipeng, 49, dan Chen Dong, 37, akan menghabiskan masa sebulan di makmal eksperimen ruang angkasa bagi menjalankan pelbagai kerja penyelidikan.

Makmal angkasa berkenaan adalah sebahagian daripada rancangan masa depan China untuk mempunyai stesen angkasa kendalian manusia kekal yang dijangka berfungsi sepenuhnya sekitar 2022.

Misi Angkasa Lepas China Bawa 2 Angkasawan

Misi Angkasa Lepas China

Shenzhou 11 dilancar menggunakan roket Long March pada jam 7.30 pagi tadi (waktu tempatan) dari tapak pelancaran terpencil Jiuquan, dekat gurun Gobi, menerusi imej yang disiarkan secara langsung di televisyen negeri. Sumber

Tahniah China kerana membuktikan kemampuan mereka sebagaiĀ kuasa baru dalam perlumbaan menguasai angkasa lepas yang selama ini didominasi oleh Amerika Syarikat dan Rusia.

China membuktikan bahawa negara Asia juga setanding dengan kuasa besar lain dalam bidang teknologi angkasa lepas dan diharapkan negara Asia lain mengambil pendekatan yang sama dalam meningkatkan kemahiran dalam bidang ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!