Pembahagian Harta Pusaka Antara Mitos Dan Realiti

Bila sebut bab harta pusaka ni ramai yang masih keliru kerana terpengaruh dengan drama dan filem terutama dalam pembahagian harta pusaka. Masyarakat kita pun telan bulat-bulat apa yang dipersembahkan tanpa usul periksa. Ok admin nak bagi pencerahan sikit tentang pembahagian harta pusaka antara mitos dan realiti untuk manfaat semua.

Pembahagian Harta Pusaka Antara Mitos Dan Realiti

Harta pusaka ialah harta yang ditinggalkan simati selepas meninggal dunia. Harta pusaka terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  • Harta tak alih iaitu harta yang tak boleh dialih seperti tanah dan rumah. Ianya boleh juga dalam bentuk saham Felcra dan tanah pinggir atau tanah berkelompok.
  • Harta alih iaitu harta yang boleh dialih seperti wang simpanan, saham , barang kemas, kenderaan, senjata api dan sebagainya.

Maklumat lanjut definisi harta pusaka, cara permohonan harta pusaka, cara pembahagian harta pusaka dan hal berkaitan boleh terus ke laman web Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (Persekutuan)

Pembahagian Harta Pusaka Antara Mitos Dan Realiti

Tak perlu buang masa jom kita terus kepada tajuk utama pembahagian harta pusaka: mitos dan realiti. Mengapa ramai yang terperangkap dengan isu pembahagian harta pusaka ni?

Seperti yang dinyatakan di atas tadi salah satu sebabnya pengaruh media elektronik. Selain itu, kita banyak dengar cakap orang tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif dalam harta pusaka. Di antara mitos dan realiti pembahagian harta pusaka cuba lihat di bawah:

Mitos 1: “Kubur mak masih merah dah nak buat pusaka gila harta ke apa?”

Realiti: Pembahagian harta pusaka sebaik-baiknya diselesaikan secepat mungkin kerana kita tak tahu ajal maut. Ini untuk elakkan terlalu ramai waris yang boleh mewarisi harta pusaka jika ada waris yang meninggal selepas simati.

Pembahagian Harta Pusaka Antara Mitos Dan Realiti

Mitos 2: “Aku abang sulung aku yang uruskan semua, aku dapat banyak lebih daripada adik-adik”

Realiti: Ini anggapan paling popular. Dah macam cerita P.Ramlee Tiga Abdul. Tapi anggapan ini salah sama sekali! Pembahagian harta pusaka tak pandang abang sulung. Semua waris simati telah ditetapkan bahagian masing-masing mengikut Faraid.

Ingat! walaupun kau abang sulung bahagian kau sama dengan adik beradik lelaki yang lain. Tak kira abang sulung, abang tengah, atau adik bongsu. Ringkasnya, bahagian lelaki adalah 2 bahagian melebihi bahagian perempuan. Contohnya, 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Bahagiannya seperti berikut:

AL = 2/6 bhg

AL = 2/6 bhg

AP = 1/6 bhg

AP = 1/6 bhg

Mitos 3: “Anak angkat yang DIBINKAN kepada bapa angkat boleh mewarisi harta pusaka”

Realiti: Jawapannya TIDAK BOLEH. Walaupun anak angkat itu dijaga sejak kecil dan DIBINKAN kepada bapa angkat anak tersebut TIDAK BOLEH mewarisi harta pusaka simati. Jika ada kes terlepas pandang kerana anak angkat tersebut tak tahu kedudukan sebenarnya atau cubaan menipu.

Mitos 4: “Wasiat kepada waris. Kak Ngah dapat lebih sebab dia jaga abah. Yang lain sama rata. Contoh wasiat simati sebelum meninggal dunia”

Realiti: TIDAK SAH wasiat kepada waris kerana waris tertakluk kepada hukum Faraid. Maknanya semua waris berhak atas harta pusaka walaupun simati pernah berwasiat kepada anak-anaknya sebelum meninggal dunia. Islam menggalakkan berwasiat tetapi wasiat kepada waris tak boleh mengapa tu? Tujuan wasiat dalam islam adalah untuk memberi harta pusaka kepada yang tak layak mewarisi dan bahagiannya tak boleh lebih 1/3 bhg saja.

Banyak lagi mitos dalam pembahagian harta pusaka yang tak dapat admin nyatakan di sini. Nanti ada masa admin akan update lagi. 

Pesan admin untuk diri sendiri dan semua pembaca blog Carian Semasa selesaikanlah pembahagian harta pusaka secepat mungkin. Bertanya kepada pihak yang arif dan bukan memandai-mandai kerana TAKUT TERMAKAN HARTA ANAK YATIM. Ingat tu..

Nantikan update seterusnya dalam isu Pembahagian Harta Pusaka Antara Mitos Dan Realiti ok 🙂

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!