Pengalaman Temuduga Kerja Yang Sangat Memalukan!

Setiap orang yang sudah bekerjaya mempunyai pengalaman temuduga kerja masing-masing. Semestinya ia memberikan pengajaran dan pembelajaran yang besar terhadap diri masing-masing.

Pengalaman temuduga kerja yang sempurna tidak semestinya datang pada sesi temuduga yang pertama, mungkin ia perlukan sesi berulang kali sehingga seseorang individu itu mahir di dalam selok belok temuduga.

Pengalaman Temuduga Kerja

Gagal temuduga kerja kali pertama sepatutnya memberi pengajaran dan menjadikan seseorang lebih bersedia untuk sesi temuduga yang akan datang. Pengalaman temuduga kerja yang dah lepas boleh dijadikan panduan.

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman yang dilalui oleh Hakim yang saya rasakan ia sesuatu yang unik untuk dikongsi. Pengalaman setiap orang di dalam sesi temuduga sangat berbeza, dan setiap yang laluinya mempunyai nilai pengajaran yang berlainan dan seronok untuk dikongsi.

Apa Cerita Pengalaman Temuduga Kerja Mamat Bernama Hakim….???

Kata beliau, “Saya tidak akan pernah lupa sesi temuduga yang satu ni, ia amat memalukan diri saya dan saya belajar sesuatu yang amat besar darinya!”

Kisah ini berlaku pada tahun Mac 2016.Hakim merupakan seorang graduan fresh graduate di sebuah universiti tempatan.Seperti biasa, selepas sahaja tamat belajar.Dia terus sibukkan dirinya mencari & memohon kerja sebanyak yang mungkin dengan memohon pelbagai jenis syarikat yang menawarkan pekerjaan.

Saya bertanya “kenapa anda lakukan perkara seperti itu?”

Hakim, “Sekarang lambakan graduan buatkan orang seperti saya ni susah mencari kerja. Sebab tu saya mohon sahaja apa yang ada. Janji dapat kerja.”

Dia meneruskan cerita, kisahnya bermula dengan mendapat satu panggilan daripada sebuah syarikat swasta, “Hai, selamat pagi Encik Hakim, anda telah membuat permohonan di syarikat kami blablabla….Sila datang pada hari isnin minggu hadapan untuk ke sesi temuduga”.

Mesti Baca: Cabaran Mendapat Kerjaya Idaman, Ijazah Saja Tak Cukup!

Setelah sekian lama menganggur, itu kali pertama Hakim mendapat panggilan untuk ke sesi temuduga.Ia merupakan peluang keemasan yang tidak boleh disia-siakan.

Bermulanya hari dimana hari-hari dia membuat ulangkaji pelajaran yang dibelajarnya, mengkaji syarikat, melayari internet untuk mengetahui pakaian temuduga yang sebenar dan banyak lagi untuk memastikan dia dalam keadan 100% bersedia.

Hakim :“Saya rasa, bila saya lakukan perkara tu, ianya satu perkara yang betul. Tetapi banyak kesilapan yang telah saya buat.”

Saya, “Apa kesilapan yang disesali sangat tu?Kongsikan kepada saya.”

Hakim, “Nanti dulu, saya nak sambung ceritakan kisah ini, ceritanya bertambah lagi menarik.”

Sudah siap mengkaji dan READY dengan segala persiapan. Hakim sambung ceritanya, “Hari yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba, saya pergi berjumpa dengan pihak HR dan menunggu nama untuk dipanggil”

“Muhammad Hakim Bin Roslan!”Sapaan tegas dari pegawai HR berkenaan.

“Ketika saya disapa begitu dengan begitu tegas, apabila sebelum tadi berasakan diri dalam keadan total bersedia, terus rasa gementar dan mula rasakan sedikit beremosi, bayangkan la kita datang dengan senyuman tetapi dilayan sebegitu rupa?”

Sesi Temuduga Kerja Pun Bermula….

Ia mempunyai 3 individu yang menjadi panel temuduga pada hari berkenaan. Seorang berbangsa India, dan dua lagi berbangsa Melayu, seorang wanita dan seorang lagi lelaki.Permulaan sesi temuduga bermula dengan panel wanita itu mengeluarkan tangannya untuk bersalaman dengan Hakim.

Hakim, “Maaf, saya tidak bersalaman dengan seorang wanita yang bukan mahram.” Saya menolaknya dengan memberikan balasan senyuman yang manis.

Panel Wanita, “Belum apa-apa awak ingin mengajar saya?”

Itu jawapan dari panel temuduga tersebut.

Perbualan pertama mereka yang sudah menganggu emosi, Hakim menceritakan dia tidak dapat mengawal emosi pada ketika itu dan mula menunjukkan tindak balas yang negatif. Ia tidak terhenti disitu, Panel Wanita berkenaan menyuruh saya duduk dan bertanya lagi :

“Seorang graduan fresh graduate, tapi mahu mengajar orang lain pula. Ceritakan pengalaman apa yang awak ada?”

Hakim,“ Bukan niat saya untuk mengajar sesiapa di dalam sesi ini, tetapi saya cuma menyatakan perkara yang benar. Sama ada Puan boleh menerimanya ataupun tidak, itu terpulang kepada Puan.”

Hakim memberitahu dia menjawab soalan berkenaan dengan keadaan yang tegas.

Soalan demi soalan datang daripada panel kedua dan ketiga yang membuatkan Hakim merasakan ia adalah satu sesi seperti di dalam gelanggang perdebatan.

Hampir 30 minit sesi itu berlangsung. Panel mengakhiri, “Okay sampai sini sahaja sesi temuduga kita, nanti pihak kami akan memberikan jawapan kepada anda dalam masa yang terdekat ini.” Ketiga-tiga ini yang sebentar tadi memberikan suasana yang tegang, tiba-tiba mengakhiri dengan sedikit tawa dan senyuman.

Hakim memberitahu dia sangat bingung dan hairan.Dia akhiri temuduga dengan bersalaman dengan panel-panel temuduga lalu berlalu pergi.

Dah Masuk 8 Hari Hakim Menunggu Jawapan Temuduga Kerja…… Jawapannya…..

Hakim memberitahu selepas 8 hari dia menunggu jawapan daripada pihak syarikat berkenaan, satu emel sampai ke peti masuk emelnya memberitahu bahawa beliau tidak layak dalam mengisi jawatan kekosongan yang ditawarkan di syarikat berkenaan.

Mesti Baca: 10 Tips Temuduga Kerja Kerajaan Atau Swasta

Hakim cuba bertindak profesional dengan membalas emel berkenaan dengan meminta maklum balas mengenai kesilapan yang telah dilakukan, mungkin ia dapat dijadikan sebagai pelajaran baru buatnya. Kerana jika dilihat pada segi keputusan dan penglibatan di Universiti, ia lebih dari layak untuk mengisi jawatan kekosongan tersebut.

Dan emel yang ditunggu maklum balasnya sudah terbalas…

Maklum Balas Daripada Syarikat, Jom Baca Apa Jawapannya…..

Hakim memberitahu, isi emelnya bertulis :

“Salam hormat kepada Encik Muhammad Hakim, saya mewakili pihak pengurusan sumber manusia ingin menyatakan Tahniah kerana anda salah seorang yang terpilih ke sesi temuduga.

Buat pengetahuan Encik Hakim, beberapa orang yang terpilih di dalam sesi temuduga tempoh hari merupakan mereka yang diteliti setiap infonya seperti penghantaran resume, keputusan dan penglibatan di universiti, pemakaian ketika temuduga,  dan beberapa lagi perkara yang lain yang banyak aspeknya untuk diberitahu.

Semua calon yang datang merupakan individu yang LAYAK untuk mengisi kekosongan jawatan ini apabila diambil kira pada aspek permulaanya.Sebagai seorang fresh graduate, saya berbesar hati untuk berkongsi kepada Encik Hakim mengapa anda tidak terpilih untuk mengisi kekosongan jawatan ini.

Ini adalah kerana ketika sesi temuduga itu berlangsung, setiap panel temuduga diberitahu untuk mewujudkan suasana yang boleh menganggu emosi Encik Hakim untuk melihat sejauh mana sikap Encik Hakim dalam memberikan respon dalam satu-satu suasana yang negatif.

Ini kerana syarikat kami dikenali dengan syarikat yang berkerja dengan tekanan yang agak tinggi dan mempunyai ramai pelanggan yang agak cerewet untuk diatasi.

Saya rasa Encik Hakim faham kenapa kami menolak untuk mengambil Encik dan sekali lagi, saya mewakili daripada pihak syarikat mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana sudi datang ke sesi temuduga dan selamat maju jaya.”

Selesai sahaja Hakim membaca emel berkenaan, dia terus menepuk dahi dan berasakan dirinya amat bodoh ketika itu. Hakim akhiri dengan pesanan :

“Saya rasakan selama ini saya sudah melakukan semuanya dalam keadaan yang baik, tetapi saya silap. Cuma satu kesilapan yang saya tidak sedar membuatkan semuanya menjadi satu perkara yang sia-sia.

Dan Alhamdulilah apabila saya melalui satu pengalaman kegagalan temuduga ini, tidak disangka-sangka saya menjumpai satu Pakej Interview Mastery Kit daripada JobKartel.

Apa Hakim Dapat Setelah Memiliki Pakej Interview Mastery Kit JobKartel?

 

  • 10 Template Resume Infografik
  • 10 Template Cove Letter Infografik
  • 50 Strategi Menjawab Soalan Temuduga
  • Strategi Pembinaan Personal Branding
  • Panduan Penulisan Resume
  • Panduan Penulisan Cover Letter
  • Strategi Follow Up Lepas Temuduga
  • Strategi Penggunaan Media Sosial
  • Strategi Bahasa Tubuh
  • Strategi Ber-Networking Dengan Betul

Begitulah kisah Hakim dengan pengalaman temuduga kerja beliau.

Kadang-kadang ada yang pertama kali temuduga kerja terus berjaya tapi majoritinya ramai yang GAGAL!

Bila dah gagal temuduga kerja…. nak salahkan siapa?

Orang cakap sebelum salahkan orang lain cari salah sendiri dahulu…

Sebab itu bila dah gagal jangan cari banyak alasan, lakukan sesuatu.. perbaiki diri sebelum menghadiri mana-mana temuduga kerja yang akan datang.

Suka admin cadangkan kepada semua…. Pakej Interview Mastery Kit

Hidup ini terlalu singkat untuk lama menganggur!

 

Selamat Tinggal! Kepada Resume Lapuk, Pengalaman Temuduga Kerja Yang Pahit, Gagal Dalam Temuduga Dan Mula Dapatkan Perhatian “Key Player” Industri Anda

Inilah yang anda perlukan jika serius mahu mendapat kerjaya idaman!

>> Pakej Interview Mastery Kit<<

Leave a Reply

error: Content is protected !!