Penganut Syiah Malaysia Cecah 1 Juta?

Penganut Syiah Malaysia Cecah 1 Juta? Apabila sebut tentang syiah ini, admin rasa mesti ramai yang sepakat dengan admin suatu masa dahulu kita mesti menjadi penyokong kuat Iran betul tak? Iyalah mereka satu-satunya negara yang berani berdepan menentang Amerika dan Israel secara berdepan.

Amerika dan Israel tak berani ambil tindakan ke atas Iran walaupun katanya mereka memiliki senjata nuklear, senjata pemusnah atau pendek kata Iran tergolong di antara negara paksi kejahatan seperti Korea Utara, Cuba, Libya dan sebagainya.

Syiah Malaysia

Masa dahulu admin cukup kagum dengan Iran. Mereka kelihatan gagah membela umat islam dan admin juga mengagumi anutan Syiah mereka kerana ketika itu admin kurang pendedahan dan pembacaan.

Artikel Menarik: Keliru Perbezaan United Kingdom, Britain Dan England?

Selepas membaca pelbagai amalan pelik orang Syiah, penindasan golongan Sunni dan paling admin tak boleh terima kutukan ke atas sahabat dan isteri nabi terus admin campak Iran ke lembah paling hina.

Siapa yang sokong Syiah dan Iran silakan! Itu hak anda… Cuma pesan admin jangan ganggu orang Sunni di Malaysia. Orang kata nak melingkup sorang-sorang sudah jangan nak heret orang lain sama ok.

Penganut Syiah Malaysia Cecah 1 Juta?

Dr. Mohd Faizal Musa atau dikenali sebagai Faizal Tehrani menyatakan, angka 1 juta penganut Syiah Malaysia tersebut merupakan unjuran yang diambil dari sumber dari Iran.

Beliau bagaimanapun, menyatakan angka yang lebih realistik bagi penganut Syiah yang berada di Malaysia, berada sekitar 100,000 hingga ke 500,000 orang. Bercakap di Seminari Teologi Malaysia, Seremban, beliau membentangkan dapatan daripada kertas kerja bertajuk “State-backed Discriminations Against Shiah Muslims in Malaysia since 1996-2014”.

Faizal Tehrani mendakwa, golongan “The Other Muslims” seperti penganut Syiah didiskriminasi melalui pelbagai cara di Malaysia. Titik paling utama kepada penindasan yang disebutkannya ini bermula dengan Fatwa pengharaman Syiah yang dikeluarkan pada tahun 1996.

Ketika ditanyakan persoalan berkenaan solusi kepada masalah golongan Syiah di Malaysia, Faizal Tehrani yang juga Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata:

“Diskriminasi terhadap Syiah di Malaysia agak unik, tidak sama seperti di Pakistan di mana kita tidak tahu siapa ‘para pelakunya’, tetapi di Malaysia, kita tahu Kerajaan merupakan pihak yang menindas golongan Syiah,”

Mengenai bantuan yang diterima oleh penganut Syiah Malaysia, beliau menyatakan bantuan dari pihak tempatan agak kurang.

Mesti Baca: Pengertian Islam, Iman, Ihsan Dan Asas Membentuk Islam

Walaubagaimanapun, pada 2010, Syiah dari Amerika Syarikat dan Eropah menghulurkan bantuan dengan menderaf laporan untuk dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjemput campurtangan antarabangsa.

“Sebahagian dari peranan saya ialah untuk membantu mereka (penganut Syiah) dengan mengangkat perkara ini dalam dunia akademik dan menyuarakan perjuangan mereka di Geneva…

Saya berharap, Syiah negara asing dapat membantu saudara-saudara mereka di Malaysia,” Faizal Tehrani juga membuat pengakuan bahawa beliau telah pun membuat ziarah suci ke Karbala dan mengibarkan Jalur Gemilang di sana.

Program tersebut turut menyaksikan kehadiran Dr Eugene Yapp sebagai salah seorang panelis – Sumber menara.my

Penganut Syiah Malaysia bebas mengamalkan anutan mereka tetapi mereka dilarang menyebarkannya.

Tolong jangan bawa amalan pelik-pelik ke negara ini.

Nak melingkup sorang-sorang sudah….

Bagi yang masih kurang jelas bahaya Syiah admin cadangkan Like Page Ayuh Sepakat Tolak Syiah dan baca sendirilah apa benda Syiah ni.

Leave a Reply

error: Content is protected !!