Menu

Pengarah Jabatan Air Sabah Rasuah RM112 Juta

Satu Malaysia kecoh Pengarah Jabatan Air Sabah terima rasuah RM112 juta yang mana RM52 juta disimpan di dalam laci rumah dan pejabat manakala RM60 juta lagi ditemui dalam akaun bank suspek. Turut terbabit adalah Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah.

Bukan wang saja malah kenderaan mewah, beg tangan mewah, barang kemas dan jam tangan mewah turut disita bagi membantu siasatan menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Kes Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah terima rasuah RM112 juta menjadi nilai terbesar rampasan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini. Semua akaun suspek telah dibekukan dan dipercayai mereka menyembunyikan hasil rasuah mereka di bank negara jiran juga.

Pengarah Jabatan Air Sabah Rasuah RM112 Juta

Di saat rakyat Sabah bergelut dengan masalah bekalan air Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah membina kekayaan secara haram. Bukan itu saja mereka turut memberikan kroni-kroni dan sanak saudara projek-projek bernilai jutaan ringgit.

Gila! itu yang mampu diungkapkan kerana dengan jawatan tinggi mereka menikmati gaji dan elaun yang lebih daripada cukup untuk hidup mewah berbanding kakitangan lain. Tapi manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka kecapi. Itulah kesimpulan terhadap Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah ini.

Apapun, tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana berjaya membongkar skandal rasuah bernilai ratusan juta ringgit ini. Semoga kes Pengarah Jabatan Air Sabah bersama timbalannya terima rasuah RM112 Juta ini menjadi titik tolak membongkar skandal rasuah berskala tinggi yang lain tak kira menteri, ahli parlimen, pegawai kerajaan atau siapa saja. Jangan pilih bulu!

Kes Pengarah Jabatan Air Sabah Terima Rasuah RM112 Juta Buktikan Komitmen SPRM. Tanggungjawab Kita Pula?

Jika anda mengetahui sebarang aktiviti rasuah berlaku jangan berdiam diri dan jangan gentar memberi kerjasama membanteras rasuah kerana pemberi maklumat dilindungi menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

  • Pemberi Maklumat adalah orang yang membuat pendedahan tentang jenayah rasuah berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009.
  • Pemberi Maklumat boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010
  • Pemberi Maklumat yang menjadi saksi bagi suatu kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009

 

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!