Pengertian Islam, Iman, Ihsan Dan Asas Membentuk Islam

Setiap manusia yang beragama akan meyakini agama mereka sebagai yang benar. Begitu juga seorang yang beragama Islam kerana Allah telah berfirman dalam Surah Ali Imran, Ayat 19 yang bermaksud “Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah Islam”. Agama Islam salah satu daripada TIGA agama langit selain agama Yahudi dan Nasrani. Ketiga-tiga agama langit ini memiliki kitab dan rasul mereka sendiri dan agama Islam adalah penutup yang melengkapkan dan menyempurnakan semua agama langit sebelumnya. Jemput baca perkongsian ringkas Pengertian Islam, Iman, Ihsan Dan Asas Membentuk Islam.

Pengertian Islam, Iman, Ihsan Dan Asas Membentuk Islam

Pengertian Islam, Iman, Ihsan Dan Asas Membentuk Islam

Islam boleh didefinisikan sebagai tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. dengan melakukan suruhanNya seperti shahadah, solat, puasa, zakat, menunaikan haji dan lain-lain suruhanNya.

Iman boleh didefinisikan sebagai percaya kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari kiamat serta qada dan qadar.

Ihsan boleh didefinisikan sebagai melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya dan bersungguh-sungguh seperti bekerja, belajar dan sebagainya.

Tiga Perkara Asas Yang Membentuk Agama Islam

Ada 3  perkara asas yang membentuk agama Islam iaitu Akidah, Syariah dan Akhlak. Apakah definisi ketiga-tiga perkara asas ini?

Akidah daripada segi bahasa bermaksud simpulan atau tali yang tersimpul manakala daripada aspek syarak bermaksud kesimpulan yang tetap atau kepercayaan yang kukuh dalam diri manusia yang berkaitan ketuhanan dan kepercayaan agama yang lain. Dalam keadaan lain akidah boleh dilihat sebagai iktikad iaitu kepercayaan sebagai contoh siksa kubur itu ada menurut ahlussunnah wal-jama’ah.

Syariah adalah sistem perundangan islam yang bertujuan untuk kesejahteraan hidup dan mengatur manusia melakukan kebaikan dan menghindari kemungkaran. Terdapat 4 bahagian perundangan islam iaitu:

  • Undang-undang Ibadat (peraturan ibadat)
  • Undang-undang Muamalat (peraturan hubungan sesama manusia)
  • Undang-undang Munakahat (peraturan nikah kahwin)
  • Undang-undang Jinayat (peraturan pentadbiran mahkamah, qisas, hudud, ta’zir)

Akhlak iaitu sistem nilai islam untuk menilai tingkah laku manusia seperti yang ditetapkan oleh Allah. Sistem nilai islam ini bersifat tetap, mutlak dan sama sahaja walaupun di mana kita berada. Tedapat 5 kategori sistem nilai Islam iaitu:

  • Fardhu atau wajib
  • Sunat
  • Mubah atau harus
  • Makruh
  • Haram

Begitulah serba ringkas admin dapat kongsikan Pengertian Islam, Iman, Ihsan Dan Asas Membentuk Islam untuk ingatan diri dan sahabat pembaca Blog Carian Semasa. Semoga ianya bermanfaat untuk semua dan marilah kita sama-sama mempertahankan kesucian Islam sampai kiamat.

Jika ada sebarang kemusykilan agama boleh terus merujuk kepada pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!