Penjawat Awam Kerja Dari Rumah Menjelang 2050

Ini mungkin berita yang menggembirakan bagi kakitangan awam. Menjelang 2050, hasrat penjawat awam kerja dari rumah bakal menjadi kenyataan.

Memang kerja dari rumah menjadi idaman setiap orang. Banyak kos dan perbelanjaan boleh dijimatkan seperti kos minyak dan tidak perlu lagi menghantar anak kepada pengasuh atau taska.

 Kerja Dari Rumah

Bukan semua sektor awam boleh bekerja dari rumah. Kalau anda kakitangan hospital seperti jururawat, tak mungkin anda mendapat manfaat ini betul tak? Tengok kesesuaian dan bidang kerja juga.

Apapun, kita kena tunggu hampir 33 tahun lagi untuk melihat hasrat kakitangan awam kerja dari rumah menjadi kenyataan.

Penjawat Awam Kerja Dari Rumah Menjelang 2050

KUANTAN – Hasrat penjawat awam bekerja di rumah bakal jadi kenyataan menjelang 2050.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata, perkara itu mungkin direalisasikan, seiring Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang berkemungkinan akan mengubah struktur perkhidmatan penjawat awam.

Menurutnya, menerusi pelan tersebut, ia pasti akan memberi kebebasan kepada mereka bekerja di rumah atau pejabat.

Mesti Baca: Senarai 10 Pekerjaan Paling Stress 2017

“Kita cuba realisasikan dan laksanakan perkara ini seperti diminta golongan wanita selepas penelitian cadangan tersebut dilakukan dengan melihat sektor pekerjaan bersesuaian.

“Saya yakin bila tiba masanya, bukan sahaja wanita, malah lelaki pun boleh bekerja dari rumah,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Dialog TN50 Bersama Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak di sini, semalam.

kerja dari rumah

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail yang bertindak sebagai moderator.

Seramai 2,500 penjawat awam seluruh negeri ini hadir pada majlis tersebut, yang pertama kali dianjurkan di Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Ali berkata, demografi masyarakat dijangka berubah menjelang 2050 termasuk warga emas sebanyak 23 peratus.

Mesti Baca: 8 Cara Kawal Marah Di Tempat Kerja. No. 4 Tak Ramai Yang Buat

“Bukan sahaja soal bekerja dari rumah, gaji penjawat awam juga antara yang tertinggi dalam negara berbanding sektor lain,” katanya.

Menurutnya, aspirasi berbentuk futuristik yang disampaikan penjawat awam muda dilihat membantu menyediakan pelan TN50 lebih jitu.

“Futuristik yang dimaksudkan ialah perubahan dalam pelbagai aspek yang mereka ingin lihat dan dinikmati generasi pelapis akan datang.

“Idea dan saranan sepanjang sesi dialog ini akan diklusterkan untuk mengeluarkan dokumen TN50,” katanya – Sumber

Idea kakitangan awam kerja dari rumah memang baik.

Hidup dalam zaman teknologi serba canggih dan carian maklumat hanya di hujung jari tidak mustahil idea ini akan menjadi kenyataan.

Tetapi…

Jangan banyak tidur dan sibuk uruskan anak di rumah pula sampai kerja tak jalan 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!