Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus Dua Bulan

Tahniah kakitangan awam seluruh negeri Selangor kerana bakal mendapat bantuan khas kewangan atau lebih mudah disebut sebagai bonus dua bulan gaji dalam belanjawan Selangor 2017.

Ianya disahkan dalam belanjawan Selangor 2017  yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai menghargai sumbangan dan kejayaan penjawat awam yang terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Menurut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pembayaran gaji sebanyak satu setengah bulan telah dilakukan pada 1 Julai 2016 yang lalu dan untuk melengkapkan lagi bantuan khas kewangan tersebut, setengah bulan lagi akan dibayar pada 20 Disember 2016 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak-anak menjelang sesi persekolah 2017.

Bonus dua Bulan

Beliau berkata pembayaran bantuan khas kewangan dua bulan gaji memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM 57.25 juta.

Terdahulu, satu bulan setengah gaji dengan implikasi kewangan sebanyak RM44.1 juta dikeluarkan bagi tujuan pembayaran bantuan kewangan kepada penjawat awam Selangor.

Kakitangan awam kerajaan persekutuan juga mendapat bantuan khas kewangan sebanyak RM500 yang akan dibayar pada Januari 2017 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017 oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Sumber

Untung kakitangan kerajaan Selangor di atas pengumuman bonus dua bulan gaji yang pasti membuatkan mereka senyum sampai telinga.

Semoga penjawat awam Selangor akan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat, misi dan visi kerajaan Selangor khususnya dalam memenuhi keperluan rakyat Selangor.

Leave a Reply

error: Content is protected !!