Penjualan Produk Marigold HL Ditarikbalik

Malaysia Milk Sdn Bhd melalui surat edaraan menegaskan penjualan produk Marigold HL ditarikbalik bagi pek 1 dan 200 liter berkuatkuasa serta merta sebagai langkah pencegahan ekoran laporan daripada pengguna produk susu perisa coklat Marigold HL lebih pekat berbanding biasa.

Penjualan Produk Marigold HL Ditarikbalik

Sumber

Malaysia Milk Sdn Bhd berkata walaupun aduan pelanggan hanya tertumpu kepada susu coklat Marigold HL, syarikat telah mengambil “langkah-langkah proaktif” untuk menarik balik produk-produk lain, termasuk Milk Chocolate Marigold HL, Marigold HL Plain Milk dan Marigold HL Strawberry Milk. Marigold HL Milk dengan Plant Sterols juga merupakan antara produk yang ditarik balik, tetapi hanya untuk pek satu liter.

Syarikat Malaysia Milk Sdn Bhd memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh penjualan produk Marigold HL ditarikbalik dan menegaskan aspek kesihatan dan keselamatan pengguna produk susu Marigold HL menjadi keutamaan syarikat.

Penjualan Produk Marigold HL Ditarikbalik

Malaysia Milk Sdn Bhd komited memastikan kualiti produk terjaga dan segar seperti baru keluar daripada kilang.

Pelanggan yang telah membeli produk makanan yang terlibat perlu mengembalikan mereka kepada syarikat untuk penggantian atau hubungi perkhidmatan pelanggan:

Talian Khidmat Pelanggan Malaysia Milk Sdn Bhd: 1800-88-5587

Email: feedback@mmsb.com.my

Syabas Malaysia Milk Sdn Bhd kerana komited dengan kualiti produk dan respon pantas dengan aduan pelanggan seterusnya penjualan produk Marigold HL ditarikbalik serta merta.

Inilah yang kita mahukan. Maklum balas segera sangat penting terutama dalam produk makanan dan minuman yang boleh menjejaskan kesihatan jika kualiti produk meragukan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!