Menu

Penulis Khat Terima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2016

Mohammed Yusof Abu Bakar, 86 seorang tokoh penulisan khat menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2016 pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1438 Hijrah hari ini.

Maulidur Rasul 2016

Selain itu, lapan penerima turut mendapat Anugerah Maulidur Rasul 2016 iaitu tokoh kemajuan Islam Sarawak, Datuk Putit Matzen, hakim Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan, Datuk Sallehudin Omar, pakar bidang undang-undang Islam, Hashim Mehat.

Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Datuk Fadilah Baharin, pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Dr. Lim Swee Tin, wartawan Berita Harian, Hasliza Hassan.

Baca Juga: Semak Waktu Solat Secara Online

Selain itu, turut menerima anugerah ialah atlet kurang upaya, Abdul Latif Romly dan Penyelaras Pentadbiran Masjid dan Surau Kedah, Mohd. Kamal Ismail.

Maulidur Rasul 2016

Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom –┬áSumber Utusan Online (12/11/2016)

Tahniah Mohammed Yusof Abu Bakar kerana menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2016 dan juga kepada penerima lain yang memberi sumbangan terhadap agama, bangsa dan negara.

Leave a Reply

error: Content is protected !!