Menu

Peperiksaan PTD 2016: Contoh Soalan Rujukan Exam PTD

Peperiksaan PTD akan berlangsung pada 23 November 2016 melalui pengumuman rasmi di Laman SPA. Seperti yang diwar-warkan sebelum ini terdapat kira-kira 300 Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 akan diisi dalam masa terdekat ini.

Untuk pengetahuan anda Peperiksaan PTD adalah peperiksaan SPA yang paling ramai calon yang layak menduduki peperiksaan kerana kelayakan asas adalah memiliki apa jua Ijazah Sarjana Muda boleh memohon jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41.

Peperiksaan PTD

Tujuan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini adalah untuk menyingkirkan” seramai mungkin calon yang layak tapisan awal untuk ke peringkat seterusnya iaitu PAC PTD dan akhir sekali temuduga PTD.

Oleh itu, anda mesti buat yang terbaik jika mahu lulus Peperiksaan Online PTD ini. Peluang dipanggil Exam PTD bukan selalu. Pernah terjadi tiada exam PTD dalam masa dua tahun. Inilah peluang anda jika dipanggil!

Berdasarkan pengalaman kami sejak 2009 membantu calon Peperiksaan Online SPA antaranya peperiksaan pegawai kastam, peperiksaan PTD, peperiksaan pegawai penerangan dan sebagainya calon yang tidak membuat persediaan lengkap akan gagal kerana mereka tidak ada nota, contoh soalan dan tips lulus peperiksaan.

Dalam masa terdekat ini Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan berlangsung. Jika anda salah seorang calon tahniah kami ucapkan!

Pengenalan Ringkas Peperiksaan PTD 2016

Dalam bulan Januari 2016 Peperiksaan Online PTD telah dijalankan dan sekali lagi November 2016 SPA memanggil lagi calon yang layak untuk menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Jelas di sini jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sangat diperlukan dalam perkhidmatan awam pada masa sekarang.

Jika anda pertama kali akan menduduki Peperiksaan PTD kami akan terangkan secara ringkas apa yang bakal anda hadapi nanti.

Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik November 2016

Jika pada Januari 2016 calon perlu mengambil tiga seksyen soalan tetapi untuk exam PTD November 2016 hanya dua seksyen sahaja. Sila lihat seksyen dan contoh soalan exam PTD yang bakal anda hadapi nanti.

1. Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Peperiksaan PTD

Peperiksaan PTD

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Peperiksaan PTD

Peperiksaan PTD

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia)

Peperiksaan PTD

Peperiksaan PTDBimbang Tidak Tahu Buat Persiapan Peperiksaan PTD? Kami Sedia Membantu!

Sejak 2009 Tim Infokerjaya telah membantu ribuan calon lulus Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik dengan menghasilkan panduan khusus iaitu Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik.

peperiksaan ptd

Rujukan Peperiksaan PTD ini dalam bentuk EBOOK. Anda akan diberi Link Khas Download melalui EMAIL selepas tempahan disahkan.

Isi Kandungan Ebook Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik:

  • Penerangan lengkap Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41
  • Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dan Jawapan untuk setiap Seksyen (dikemaskini mengikut tahun semasa)
  • Nota Khas GTP mengikut tahun semasa
  • Nota Isu Semasa mengikut tahun semasa
  • Koleksi Soalan Matematik
  • Pakej Soalan Sahsiah dan Minat
  • UPDATE PERCUMA 5 tahun (jika gagal anda TIDAK perlu beli lagi)
  • Macam-macam lagi

Buat masa ini ianya ditutup untuk kemaskini Nota dan Contoh Soalan mengikut isu semasa. Ebook Rujukan Exam PTD ini akan dibuka bila-bila masa sahaja apabila selesai sepenuhnya.

Pastikan anda daftar NAMA dan EMAIL anda di bawah supaya dapat kami maklumkan seberapa pantas apabila ianya DIBUKA nanti.

 

Bukan kami mendabik dada tetapi pengalaman sejak 2009 telah membantu ribuan calon lulus Peperiksaan PTD boleh anda sandarkan untuk membantu anda pula.

Percayalah dengan memiliki Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini anda akan lebih bersedia, yakin dan tenang sebelum menduduki peperiksaan nanti.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!