Menu

Peperiksaan Separa Perubatan: Rujukan Dan Contoh Soalan

Peperiksaan Separa Perubatan adalah di antara peperiksaan terbesar dalam Kalendar Peperiksaan SPA yang mana calon yang dipanggil menduduki Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan biasanya mencecah puluhan ribu calon yang layak.

Jika anda ada memohon memasuki Latihan Separa Perubatan, semakan peperiksaan separa perubatan boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.

UPDATE: Semakan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma pada 07 Mac 2017 bagi calon Semenanjung/Sabah/Sarawak KLIK SINI

Apakah Latihan Separa Perubatan?

Latihan Separa Perubatan merupakan program yang ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada lulusan SPM yang berusia 17 hingga 25 tahun. Terdapat 13 latihan bagi program Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil.

peperiksaan separa perubatanTempoh Latihan Separa Perubatan adalah selama 3 tahun bagi peringkat diploma dan 2 tahun bagi peringkat sijil. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan menerima elaun bulanan serta beberapa kemudahan lain. Selepas tamat tempoh latihan, pelatih akan menjalani seisi ujian bagi kemasukan ke sektor awam di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengambilan calon Latihan Separa Perubatan dibuat 2 kali setahun iaitu sesi Januari dan Julai. Warganegara Malaysia yang berminat menyertai latihan ini boleh mengisi permohonan di portal SPA secara online.

Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil 

  • Latihan Jururawat
  • Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
  • Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  • Latihan Jururawat Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  • Latihan Jururawat Masyarakat
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Bagaimanakah Calon Dipanggil Menduduki Peperiksaan Separa Perubatan?

Calon yang telah mengisi permohonan di SPA untuk jawatan dalam bidang Latihan Separa Perubatan bertaraf diploma dan sijil akan mendapat panggilan menduduki Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan melalui TIGA cara iaitu:

  • Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
  • Email yang anda masukkan semasa pendaftaran di laman SPA
  • Laman Rasmi SPA (sentiasa semak portal rasmi SPA)

Tiada pusat peperiksaan disediakan bagi urusan peperiksaan online. Calon yang dipanggil menduduki Peperiksaan Separa Perubatan boleh mendudukinya di mana-mana lokasi asalkan ada kemudahan internet.

Format Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan

Peperiksaan Separa Perubatan

Contoh Panggilan Menduduki Peperiksaan Separa Perubatan

Lazimnya, peperiksaan separa perubatan tidak banyak bezanya dengan peperiksaan online SPA yang lain. Format Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan kebiasaannya mengandungi DUA seksyen iaitu:

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Ujian Psikometrik

Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubata

Berikut di antara contoh soalan peperiksaan online latihan separa perubatan yang boleh dijadikan panduan tentang bentuk soalan yang bakal dihadapi calon peperiksaan separa perubatan.

Peperiksaan Separa Perubatan

         Contoh Soalan Seksyen A Pengetahuan Am

 

Peperiksaan Separa Perubatan

              Contoh Soalan Seksyen B Ujian Psikometrik

Mahu Lebih Banyak Lagi Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan?Peperiksaan Separa Perubatan

Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan ini akan membantu anda membuat persiapan lengkap dan terperinci sebelum menduduki peperiksaan nanti. Di antara isi kandungan ebook ini:

1. 20 Nota Ringkas

Nota ini akan menjimatkan 15 jam masa anda mencari dan menyaring maklumat yang penting untuk peperiksaan ini. Bahagian mana yang anda perlu fokus!

2. Penerangan Format

Faktor utama kegagalan calon adalah kerana calon tak tahu format. Bila tiba peperiksaan terus terkejut dengan soalan. Kini, anda lebih faham format peperiksaan!

3. 200++ Contoh Soalan

Ini bukan soalan ramalan atau soalan sebenar. Ianya adalah contoh soalan untuk berikan anda gambaran bagaimana soalan dibentuk dan disoal.

4. Pecahan Seksyen

Penilaian setiap seksyen sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi. Ada pecahan dalam seksyen penilaian dan anda yang tahu bakal mendapat manfaat lebih dalam melakukan persediaan sebelum peperiksaan!

5. Maklumat Jawatan

Anda kena faham dan tahu mengenai jawatan dalam Latihan Separa Perubatan ini. Apa tugasan dan apa yang bakal anda lalui selepas berjaya menjawat jawatan ini. Maklumat ini anda perlukan untuk sesi temuduga anda nanti. Jangan ke temuduga jika tak ada maklumat ini!

6. Dan Banyak Lagi……

Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan ini dalam bentuk Ebook dan bukan buku. Tiada komponen yang akan dipos ke rumah anda. Anda akan mendapat Link Download ebook melalui EMAIL.

Bagaimakah Cara Menempah Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan Ini?

Mudah sahaja! Masukkan EMAIL dan NAMA anda sekarang untuk mendapatkan LINK KHAS TEMPAHAN ebook Rujukan Peperiksaan Separa Perubatan ini.

 

Sila LIKE Facebook Nota Rujukan Peperiksaan Kerajaan Dan Panduan Peperiksaan Kerajaan untuk banyak info peperiksaan dan temuduga kerajaan.

Percayalah.. calon yang TIADA rujukan akan terkial-kial semasa melihat soalan yang keluar semasa menduduki peperiksaan separa perubatan nanti.

Pengalaman Tim Infokerjaya sejak 2009 membantu ribuan calon peperiksaan dan temuduga kerajaan LULUS boleh anda sandarkan untuk membantu persediaan Peperiksaan Online Separa Perubatan nanti 🙂

2 Comments
  1. noratika ma'rof February 28, 2017
    • admin February 28, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!