Menu

Keliru Perbezaan United Kingdom, Great Britain Dan England?

Admin sendiri pun keliru daripada dahulu lagi yang mana satu United Kingdom atau orang biasa panggil UK, Great Britain dan England. Nampak macam negara yang sama tapi sebenarnya berbeza. Tetapi, apabila terbaca satu artikel daripada Facebook The Patriots baru admin dapat sedikit gambaran perbezaan semua negara ini. Jom kita baca dan fahami perbezaan United Kingdom, Great Britain dan England. Jangan keliru lagi 🙂

Apa Perbezaan United Kingdom, Great Britain Dan England?

  1. United Kingdom (UK) adalah sebuah negara berdaulat yang merangkumi England, Wales, Scotland dan Utara Ireland.

Perbezaan United Kingdom, Great Britain Dan England

United Kingdom (UK) ditubuhkan pada 1707 melalui Act of Union dan nama United Kingdom (UK) digunakan selepas kemasukan Ireland.

2. Great Britain adalah kepulauan atau tanah besar yang merangkumi 3 buah negara iaitu England, Scotland dan Wales. Nama Britain berasal daripada perkataan Roman iaitu Britannia. Penggunaan perkaatan Great bertujuan membezakan dengan nama sebuah tempat di Perancis iaitu Brittanny.

Perbezaan United Kingdom, Great Britain Dan England

Selain itu, Raja James I mahu menunjukkan kekuasaan dan egonya sebagai raja keseluruhan pulau justeru itu menggelarkan dirinya sebagai “King Of Great Britain”.

3. England pula merupakan sebuah negara sama seperti Wales dan Scotland. England adalah negara yang terbesar di dalam United Kingdom (UK) daripada aspek keluasan dan populasi.

Perbezaan United Kingdom, Great Britain Dan England

England adalah nadi kepada United Kingdom (UK) dan London merupakan ibu negara UK. Selain itu, pasukan bola sepak England adalah yang paling popular dan berjaya di kalangan negara-negara di dalam UK.

Mesti Baca: Kerja Di Singapura, Gaji Cleaner Saja RM3000. Nak Cuba Nasib?

Ok setelah kita melihat secara ringkas apa maksud United Kingdom, Great Britain dan England dapatlah dirumuskan seperti berikut:

  • United Kingdom (UK) adalah sebuah negara berdaulat yang merangkumi England, Scotland, Wales dan Utara Ireland.
  • Great Britain adalah sebuah tempat yang terdiri daripada England, Scotland dan Wales.
  • England merupakan sebuah negara di bawah United Kingdom (UK).

Sumber artikel dipetik daripada Facebook The Patriots

Bagaimana dengan anda?

Masih keliru dengan perbezaan United Kingdom, Great Britain dan England lagi tak?

Jika Ya, cuba baca semula dengan tenang dan fahaminya.

Admin pun pening juga tetapi akhirnya faham selepas baca berulang kali 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!