Perhatian Perokok Tegar! Ini Tips Berhenti Merokok

Tips berhenti merokok ada macam-macam. Terpulang kepada perokok tegar sama ada nak cuba atau tak. Ada yang cuba tapi gagal atau separuh jalan je.

Rokok adalah penyumbang terbesar kepada pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru, gangren, mati pucuk, membahayakan ibu mengadung dan anak  yang dikandung.

Bagi perokok tegar mereka sedar bahaya merokok tapi mengapa masih terus merokok? Jawapan ada dalam diri mereka.

Tips Berhenti Merokok

Sebelum kita teruskan dengan Tips Berhenti Merokok cuba lihat apa perokok dapat kalau mereka berhenti merokok.

  • Jimat duit beratus-ratus sebulan. Tengok jenis rokok yang mereka hisap.
  • Gigi menjadi putih dan nafas yang segar. Anda perasan tak gigi perokok kuning dan nafas mereka berbau.
  • Contoh kepada anak kerana anak cenderung menjadi perokok jika ibu bapa perokok.
  • Mencegah penyakit yang berpunca daripada rokok.
  • Mendapat rasa hormat daripada orang lain kerana perokok kerap dipandang sinis jika merokok dalam kelompok orang ramai.
Tips Berhenti Merokok
  • Tangguh keinginan merokok. Buat seperti sibuk dan lupakan keinginan merokok.
  • Minum air masak dan kurangkan minuman kafein atau manis kerana perokok suka merokok sambil minum kopi atau air manis.
  • Cuba elakkan berada dalam golongan orang merokok. Jangan buang kawan merokok tapi kurangkan berjumpa dalam situasi yang boleh anda terjebak merokok.

Tips Berhenti Merokok

  • Berniat bersungguh-sungguh untuk berhenti merokok. Teguhkan pendirian walau apa pun dugaan datang untuk merokok.
  • Berjumpa dengan pakar perubatan untuk khidmat nasihat, dapatkan tips berhenti merokok dan terapi mengurangkan ketagihan nikotin

Baca Juga: Cara Mudah Kawal Belanja Harian

Begitulah serba sedikit Tips Berhenti Merokok yang boleh diamalkan. Sebenarnya untuk berhenti merokok segalanya terletak kepada diri sendiri walapun anda berhabis ribuan ringgit untuk cuba berhenti merokok tapi pendirian tak kuat anda mudah terjebak semula.

Memang nak berhenti merokok ni bukan senang kerana ketagihan rokok sukar dibendung terutama ketika bersama-sama rakan yang merokok. Biar pun dipelawa untuk merokok cuba tolak dengan baik dan ingat matlamat anda nak berhenti merokok.

Mulai hari ni tetapkan matlamat untuk berhenti merokok. Sehari kurangkan sebatang sampai anda mampu melupakan keinginan merokok.

Semua boleh berhenti merokok percayalah 🙂

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!