Menu

Perintah Berkurung ESSZONE Sabah Dilanjutkan

Sabah masih berada dalam situasi ancaman penculikan dan pencerobohan maka perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan bagi fasa ke-52 bermula 7 malam 11/10/2016 sehingga 26/10/2016. Ini bagi menjamin keselamatan penduduk dan pelancong di sekitar perairan Sabah yang terdedah kepada ancaman penculikan dan pencerobohan.

Perintah berkurung ESSZONE dilaksanakan di beberapa kawasan berisiko tinggi di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi menghadkan pergerakan keluar masuk manakala setiap urusan perlu mendapat kebenaran serta permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, pergerakan bot dan kapal juga diwajibkan mengikuti laluan yang dibenarkan dengan dipantau secara terus oleh pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di pangkalan hadapan yang bakal diwujudkan di kawasan strategik.

Langkah itu merupakan salah satu daripada sembilan langkah drastik diputuskan oleh Jawatankuasa Kese­lamatan Negeri (JKKN) yang berme­syuarat bagi menangani kes p­enculikan dan pencerobohan perairan Sabah yang berisiko tinggi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun berkata perintah berkurung ESSZONE itu dikuatkuasakan di perairan tujuh daerah dalam kawasan ESSZONE iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

ESSZONE atau Zon Selamat Timur Sabah bertujuan mengekang pencerobohan pengganas dan ancaman penculikan dan orang ramai terutama pelancong diingatkan mematuhi perintah berkurung ESSZONE ini bermula jam 7 malam sehingga 5 pagi.

Perintah Berkurung ESSZONE

“Berdasarkan maklumat, pengganas termasuk kumpulan Abu Sayyaf dari selatan Filipina masih cuba menceroboh kawasan ESSZONE untuk melakukan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan (KFR).

“Ini juga memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta aktiviti perikanan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan.

“Sehubungan itu, perintah berkurung perlu diteruskan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta yang berada di daratan di kawasan ESSZONE,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini. Abd Rashid berkata, orang ramai yang perlu turun ke laut untuk melakukan aktiviti perikanan atau laluan mendesak ketika perintah berkurung perlu mendapatkan permit daripada ketua polis daerah di kawasan berkenaan. Sumber

Sabah sebuah negeri yang terletak berhampiran dengan Selatan Filipina memang berisiko tinggi terutama ancaman penculikan yang melibatkan kehilangan nyawa.

Walaupun tindakan keselamatan diketatkan rakyat Sabah dan pelancong hendaklah sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi perintah berkurung ESSZONE yang dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

Leave a Reply

error: Content is protected !!