Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018. Perancis Atau Croatia?

Selepas hampir sebulan Piala Dunia 2018 berlangsung, akhirnya kita sampai ke acara kemuncak kejohanan iaitu perlawanan akhir yang akan menemukan dua pasukan eropah iaitu Perancis menentang Croatia. Perlawanan akhir Piala Dunia 2018 akan berlangsung pada 15 Julai 2018 (Ahad) ini.

Piala Dunia 2018 menyaksikan pasukan-pasukan besar tumbang sama ada di peringkat kumpulan, kalah mati, suku akhir dan separuh akhir di antaranya Jerman, Argentina, Portugal, Brazil, England dan Belgium.

Siapa sangka Croatia akan beraksi di pentas perlawanan akhir selepas menumbangkan pasukan pilihan, England. Untuk rekod, Croatia tidak pernah memenangi piala dunia dan pencapaian terbaik mereka sebelum ini adalah mara ke separuh akhir Piala Dunia 1998.

Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018. Perancis Atau Croatia?

Jika di atas kertas, Perancis memang calon juara Piala Dunia 2018. Malah mereka adalah juara Piala Dunia 1998 dan dalam masa yang sama mereka juga beraksi dalam perlawanan akhir EURO 2016 yang dimenangi Portugal. Mereka nampak gah ketika ini.

Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online

Mesti Baca: Syarat Dan Cara Memiliki Senjata Api Di Malaysia

Bagi Croatia pula, beberapa nama besar dalam pasukan mereka ketika ini nampak begitu cemerlang dalam kempen Piala Dunia 2018 di antaranya Luka Modric, Ivan Perisic dan Mario Mandzukic. Harapan pasti terletak di bahu mereka untuk membawa pulang trofi piala dunia ke negara mereka buat kali pertama dalam sejarah Croatia.

Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 Dan Penentuan Tempat Ketiga Waktu Malaysia

Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018

Penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2018 akan berlangsung pada 14 Julai 2018 (Sabtu) di antara Belgium dan England. Admin memilih Belgium keluar sebagai pemenang walaupun sebenarnya admin memilih Belgium juara kali ini.

Mesti Baca: Bahaya Kanta Lekap? Beringat Sebelum Terlambat!

Bagi perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di antara Perancis menentang Croatia pula berlangsung pada 15 Julai 2018 (Ahad). Admin memilih Croatia sebagai juara Piala Dunia 2018. Mengapa? sebabnya admin rasa berilah peluang kepada negara lain pula. Asyik negara sama sahaja tetapi Croatia kena bermain bermati-matian untuk menidakkan kehebatan Perancis yang dibarisi pemain-pemain bintang.

Apapun, kita tunggu sahaja nanti apa keputusannya. Admin pilih Portugal kalah, Belgium kalah dan untuk perlawanan akhir Piala Dunia 2018 ini admin memilih Croatia sebagai juara dunia yang baru 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!