Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2016: Misi VS Misi

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 menyaksikan Kedah akan berdepan Selangor lawan sama yang mengecewakan mereka tahun lepas untuk menjulang piala keagungan bola sepak negara.

Inilah peluang Kedah membalas dendam kekalahan 2-0 tahun lepas dan menggagalkan misi 34 Selangor. Pasti pengalaman pahit tahun lalu akan dijadikan azimat untuk menggembirakan puluhan ribu penyokong yang akan membanjiri Stadium Shah Alam dalam perlawan akhir Piala Malaysia pada 30 Oktober 2016 nanti.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2016: Misi Balas Dendam VS Misi Pertahan Piala

perlawanan akhir Piala Malaysia 2016

Sebanyak 72 ribu keping tiket diperuntukkan bagi aksi perlawana akhir nanti dengan agihan 30 ribu keping tiket setiap pasukan. Manakala kanak-kanak mendapat 750 keping tiket dan hanya 10 ribu keping tiket dijual secara atas talian.

Tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 akan mula dijual pada 26 Oktober ini di Alor Star dan Shah Alam. Jualan tiket atas talian dibuka mulai jam 10 pagi tarikh yang sama.

perlawanan akhir Piala Malaysia 2016

Kepada penyokong kedua-dua pasukan diharapkan menjaga tingkah laku ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 nanti. Tunjukkan semangat persaudaraan kukuh walau apa pun keputusan perlawanan akhir nanti.

Bola sepak sepatutnya menyatukan bangsa dan tidak timbul semangat kenegerian yang melampau. Berseronok dan nikmati perlawanan akhir dengan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.

Bagi yang tidak berkesempatan datang ke stadium boleh menonton siaran langsung  perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 di kaca tv. Berkumpul bersama-sama rakan atau keluarga di depan tv. Lebih seronok jika menonton beramai-ramai di kedai mamak.

2 Comments

  1. Nasi Tambah October 18, 2016
    • admin October 18, 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!