Menu

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Permohonan kebenaran berkahwin online adalah salah satu permohonan yang terdapat dalam Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM).

Permohonan kebenaran berkahwin secara online ini adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

Pada masa ini, permohonan kebenaran berkahwin online tersebut hanya merangkumi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak. Namun, kemudahan ini akan diperluaskan ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

UPDATE: Permohonan kebenaran berkahwin online telah diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Mengikut sistem perkahwinan pada masa sekarang, pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.

Oleh itu, pasangan yang mahu mendapatkan kebenaran berkahwin di negeri-negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak digalakkan menggunakan kemudahan permohonan kebenaran berkahwin online ini.

UPDATE: Permohonan kebenaran berkahwin online telah diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Kita berharap kemudahan ini diperluaskan dengan cepat ke negeri-negeri lain selaras dengan kemajuan sistem teknologi maklumat untuk memudahkan masyarakat dan juga mengurangkan birokrasi di pejabat agama untuk urusan ini.

Klik Untuk Mengisi Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Pendaftaran Pra Perkahwinan Online

Pendaftaran Pra Perkahwinan Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan membuat pendaftaran kursus Pra Perkahwinan secara online.

Pemohon boleh melakukan semakan jadual kursus bagi maklumat tarikh, masa dan tempat serta maklumat kekosongan kursus untuk pendaftaran.

Pendaftaran kursus Pra Perkahwinan secara online pada masa ini hanya merangkumi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

UPDATE: Permohonan kebenaran berkahwin online telah diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Klik Untuk Pendaftaran Pra Perkahwinan Online 

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM) ini memberi kemudahan kepada individu yang mahu melangsungkan perkahwinan tanpa perlu berususan secara kerap dengan pejabat agama daerah bagi urusan nikah-kahwin dan pendaftaran kursus kahwin.

Semoga Permohonan kebenaran berkahwin online dan Pendaftaran pra perkahwinan online ini diperluaskan ke seluruh negara secepat mungkin.

UPDATE: Permohonan kebenaran berkahwin online telah diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!