Menu

5,939 Lot Tanah Untuk Rakyat Terengganu

Untunglah orang Terengganu terutama yang belum memiliki tanah atau rumah kerana kerajaan negeri sudah mula membuka permohonan 5,939 lot tanah untuk rakyat Terengganu.

Lot tanah tersebut adalah tanah berkelompok atau tanah GSA yang boleh dimohon bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat.

Permohonan 5,939 Lot Tanah Untuk Rakyat Terengganu Mula Dibuka

KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu berkelayakan kini sudah boleh memohon Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah melibatkan 5,939 lot tanah di seluruh negeri ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, permohonan tersebut boleh dilakukan secara atas talian melalui https//tanahrtb.terengganu.gov.my dan http://pttrg.terengganu.gov.my mulai pukul 5 petang hari ini.

Lot Tanah Untuk Rakyat Terengganu

“Sebanyak 50 peratus daripada 5,939 lot tanah yang ditawarkan dibuka kepada golongan belia berusia 21 hingga 40 tahun manakala selebihnya pula untuk mereka berkelayakan yang berumur 41 tahun ke atas.

“Antara syarat yang perlu dipenuhi bagi memohon skim Khas RTB tersebut ialah anak jati Terengganu, berkahwin, berpendapatan isi keluarga tidak melebihi RM3,500 sebulan, berdaftar sebagai pemilih pilihan raya di negeri ini dan belum pernah memiliki tanah serta rumah,” katanya selepas merasmikan Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Mesti Baca: Isu Tanah: Keliru Pecah Sempadan Dan Pecah Geran?

Ahmad Razif berkata, sebanyak 5,939 lot tanah yang dibuka untuk permohonan itu meliputi Setiu (3,362), Dungun (1,332), Kemaman (928), Kuala Terengganu (109), Marang (71), Besut (69) dan Kuala Nerus dan Hulu Terengganu masing-masing 34 lot. – Sumber

Kepada anak jati Terengganu, jangan tak ambil peluang baik untuk memohon sebanyak 5,939 lot tanah untuk rakyat Terengganu.

Mana tahu ada rezeki anda nanti..

Admin pun berharap negeri kelahiran admin, Pahang akan buat perkara yang sama..

Nak mohon tanah bukan senang ­čÖé

Leave a Reply

error: Content is protected !!