Menu

6.3 Juta Terima BR1M 2017, Permohonan Rayuan BR1M Sehingga 31 Mei

Minggu ini agak kecoh juga kerana ramai yang tidak lulus permohonan BR1M, yang biasa dapat setiap tahun kali ini tidak lulus. Majoriti permohonon BR1M tidak lulus kerana pemohon berdaftar dengan  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jangan bimbang, permohonan rayuan BR1M boleh dibuat dan tunggu apa keputusan rayuan nanti.

Permohonan Rayuan BR1M

Pada pendapat admin, tidak semua yang berdaftar dengan SSM menjalankan perniagaan, malah ada yang berniaga hujung minggu saja dengan keuntungan kecil.

Apapun, bagi yang gagal dapat BR1M tahun 2017, jangan terus kecewa dan mengamuk. Anda masih boleh membuat rayuan. Siapa tahu rayuan anda diterima?

6.3 Juta Terima BR1M 2017, Permohonan Rayuan BR1M Sehingga 31 Mei

Sebanyak 6,320,769 permohonan BR1M 2017 diluluskan bagi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.41 bilion.

Kementerian Kewa­ngan dalam satu kenya­taan berkata, pembayaran itu me­rangkumi bantuan sebanyak RM1,200 kepada 3,242,048 penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 dan bantuan RM450 kepada 2,786,803 penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 serta ke bawah.

Mesti Baca: Lebih 4 Juta Belum Daftar Mengundi Walaupun Layak

Bagi pemohon yang gagal mendapat BR1M 2017 disebabkan data pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), permohonan ra­yuan BR1M boleh dibuat dengan Lembaga Ha­sil Dalam Negeri (LHDN) sehingga 31 Mei ini.

Pemohon boleh membuat rayuan dengan mengemukakan penyata pendapatan atau pe­nyata akaun bank kepada LHDN semasa tempoh rayuan bagi mengesahkan maklumat pendapatan pemohon.

Permohonan Rayuan BR1M

Oleh itu, bagi yang gagal permohonan BR1M 2017 kerana berdaftar dengan SSM, rayuan dibuka sehingga 31 Mei 2017 ini, sila kemukakan rayuan BR1M 2017 ke pejabat Lembaga Ha­sil Dalam Negeri (LHDN) dokumen berikut :

  • Penyata Pendapatan
  • Penyata Akaun Bank

Laman sosial penuh dengan luahan kecewa dan marah kerana BR1M malah facebook PM kita pun diserang.

Hebat penangan BR1M ni….

Harap semua yang gagal dapat BR1M 2017 bertenang dan bersabar.

Permohonan rayuan BR1M boleh dibuat di LHDN sehingga 31 Mei 2017.

Bagi yang gagal permohonan BR1M 2017 kerana SSM jangan lupa sediakan dokumen berkaitan ke LHDN.

Jika anda memang layak, rayuan akan diterima 🙂

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!