Pertunjukan LIMA 2017 Dibuka Secara Rasmi

Pertunjukan LIMA 2017 Dibuka Secara Rasmi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi merasmikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ’17) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini.

Membuka tirai LIMA ’17 adalah lintas terbang tiga buah pesawat pejuang F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dua pesawat Sukhoi SU-30MKM.

Ini disusuli tiga buah helikopter EC-735 yang terbang rendah dan tujuh pesawat latihan Pilatus PC7-Mk II.

Pertunjukan LIMA 2017

Hadirin turut terpukau dengan lintas terbang tiga pesawat pengangkut gergasi Airbus A400M TUDM diikuti demonstrasi serangan udara oleh pesawat F/A-18D Hornet.

Artikel Berkaitan: LIMA 2017 Langkawi Tarik Minat 38 Negara

Edisi ke-14 LIMA yang berlangsung selama lima hari melibatkan penyertaan lebih 500 pempamer dari 38 buah negara.

Tiga hari pertama pameran dihadiri peserta perdagangan dan tentera sebelum dibuka kepada orang ramai.

Buat julung-julung kali juga LIMA melibatkan sektor komersial selain industri pertahanan – Sumber

Secara rasminya, pertunjukan LIMA 2017 dibuka secara rasmi.

Kepada yang berkesempatan, jangan lepaskan peluang keemasan melihat sendiri pelbagai jenis pesawat dan kapal tentera dan kapal selam yang canggih.

Bukan selalu dapat tengok ni 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!