Peserta Gegar Vaganza 3 Sedia Menggegar

Peserta Gegar Vaganza 3 telah diumumkan ASTRO dengan penglibatan 12 penyanyi tanah air yang sedia menggegar pentas Gegar Vaganza yang menjadi fenomena dunia hiburan sejak musim pertama. Konsert pertama Gegar Vaganza 3 berlangsung pada 16/10/2016 dan seperti musim pertama tiada penyingkiran dalam konsert pertama.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 3

  • Ameng
  • Azharina
  • Elly Mazlein
  • Gmie
  • Intan Sarafina
  • Nora
  • Razis Ismail
  • Rem
  • Shidi
  • Siti Sarah
  • Zarul
  • Zur Eda

Siaran Langsung Gegar Vaganza 3

Tarikh: Mulai 16 Oktober 2016 setiap Ahad

Masa: 9.00 malam

Pengacara: Nabil Ahmad dan Jihan Muse

Siaran Langsung: Astro Ria (104) dan Maya HD

Pengacara Tetap: Ramli MS dan Khatijah Ibrahim bersama juri undangan

Peserta Gegar Vaganza 3

Seperti musim yang lepas, peserta Gegar Vaganza 3 menyanyi lagu popular masing-masing dalam konsert pertama sebagai salam perkenalan dan mengimbas zaman kegemilangan mereka.

Kelihatan juri tetap dan undangan memberi komen positif dalam konsert pertama sebagai penaik semangat untuk cabaran seterusnya yang mana peserta Gegar Vaganza 3 dikehendaki menyanyi lagu penyanyi lain bagi melihat kemampuan vokal mereka.

Saksikan kehebatan penyanyi “lama” yang datang bukan daripada program realiti dalam konsert Gegar Vaganza 3 seterusnya.

Fenomena Gegar Vaganza 3 kembali dan tak dapat dinafikan program ini berjaya mencipta impak tersendiri yang mana pertembungan menjuarai pertandingan ini nampak sangat sengit seperti musim lalu.

Peserta Gegar Vaganza 3 yang mana pilihan anda?

Leave a Reply

error: Content is protected !!