Petrol Dan Diesel Kering Januari 2019?

Tahun baru 2019 akan disambut kira-kira seminggu sahaja lagi. Macam-macam cerita panas sepanjang 2018, daripada PRU14, rusuhan, artis dan sebagainya. Kita berharap kedatangan 2019 akan menjernihkan semula suasana dan rakyat akan hidup dalam harmoni. Di antara berita baik menjelang tahun baru adalah harga minyak akan turun tetapi yang tidak sedap didengarnya pula petrol dan diesel kering tahun Januari 2019?

Bagaimana pula petrol dan diesel boleh habis? Bagaimana kenderaan hendak bergerak kalau tiada minyak?

Janggal pula dengar minyak habis di semua stesen minyak. Semua pakat kayuh basikal awal tahun baru nanti kalau benar ianya terjadi.

Petrol Dan Diesel Kering Januari 2019?

Di antara punca petrol dan diesel kering pada tahun depan kerana dua sebab iaitu:

  • Pengusaha stesen minyak tidak mahu menyimpan stok menjelang hujung tahun.
  • Harga minyak turun Januari 2019

Keputusan kerajaan menetapkan semula harga minyak secara mingguan dengan kaedah apungan menyebabkan pengusaha stesen minyak menanggung kerugian jika membeli dan menyimpan stok minyak yang mahal hujung tahun 2018.

Trend harga minyak dunia menunjukkan penurunan yang membolehkan kerajaan menurunkan harga minyak RON95 – Sumber

Petrol Dan Diesel Kering Januari 2019

Mesti Baca: Bagaimana Cara Mengira Harga Minyak Petrol Dan Diesel?

Sejak memenangi PRU14 pada bulan Mei lalu, kerajaan Pakatan Harapan mengekalkan harga minyak RON95 sebanyak RM2.20.

Ini bermakna sudah masuk 7 bulan harga minyak RON95 statik walaupun harga minyak dunia turun.

Rakyat juga mula mempertikaikan manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 yang mana harga minyak akan turun jika menang PRU14.

Mungkin itu juga salah satu sebab kerajaan mengambil pendekatan menetapkan harga minyak secara apungan setiap minggu, kaedah yang sama digunakan kerajaan Barisan Nasional dahulu.

Apapun, keputusan kerajaan menurunkan harga minyak RON95 pasti melegakan dan boleh dianggap sebagai hadiah tahun baru tetapi berita petrol dan diesel kering Januari 2019 agak membimbangkan juga.

Bayangkan kenderaan beratur panjang membeli minyak, bergaduh kerana takut minyak habis dan sebagainya?

Tetapi, admin tidak percaya situasi itu akan terjadi.

Leave a Reply

error: Content is protected !!