Menu

Petua Kentut Wangi. Goodbye Kentut Busuk!

Petua kentut wangi pun orang cari macam dah tak ada benda lain nak cari. Aduhaiiii… dah namanya kentut mesti busuk. Tapi mungkin juga ada yang dilahirkan dengan kentut wangi siapa tahu? Carian di google untuk kata kunci “petua kentut wangi” menunjukkan sebanyak 267,000 keputusan carian. Ramai rupanya yang mencari petua mewangikan kentut.

Petua Kentut Wangi. Goodbye Kentut Busuk!

Kini kentut anda tak akan berbau busuk lagi. Ha..ha..ha..ha.. tak tahu macam mana nak mula menulis petua kentut wangi ni. Ok hasil carian di google ada terjumpa beberapa petua yang boleh mewangikan kentut dan merapatkan kasih sayang suami isteri 🙂

Petua Kentut Wangi

Petua 1: Minum yogurt atau minuman kultur yang boleh mengurangkan kembung perut. Kembung perut akan menjadikan kentut busuk kerana pengumpulan gas yang banyak dalam perut. Bila angin dilepaskan boleh menyebabkan kucing anda terpaksa diusung ke hospital. Logiknya angin kentut kurang jadi kuranglah baunya.

Petua 2: Jangan minum minuman bergas terlalu kerap kerana minuman gas menggalakkan pengumpulan gas dalam perut dan bersedia untuk ditembak apabila sampai masanya. Jauhkan diri daripada mereka yang suka minuman bergas yang boleh menyelamatkan nyawa anda.

Petua 3: Minum teh herba seperti peppermint atau teh hijau dapat membantu perut mencernakan makanan dengan baik dan mengurangkan pengumpulan gas dalam perut.

Petua 4: Sumbat minyak wangi perisa lavender dalam dubur. Siapa yang sanggup buat memang elok dibawa ke hospital nak tengok mental dia sihat atau tidak. Mungkin ada masalah gila seks juga.

Cukuplah empat petua kentut wangi dapat dikongsikan kerana admin tak tahan gelak sambil menulis. Kalau nak tahu banyak lagi google, bertanya dengan kawan atau bertanya kepada orang tua.

Jangan risau jika kentut anda busuk sebab tiada siapa yang kentut wangi. Hanya petua boleh diamalkan untuk mendapat kentut wangi dan tak semestinya berkesan.

Ingat satu perkara…. jika sebelum kahwin kentut isteri/suami anda berbau wangi adakah baunya masih sama hari ni? Hanya anda yang tahu.

Baca juga: Punca Sembelit Akibat Tekanan Hidup

Leave a Reply

error: Content is protected !!