Situasi 50-50. Pilihan Raya Negeri Kedah Selepas Ini?

Cerita PRU14 belum berakhir bagi beberapa buah negeri seperti Perlis yang belum membentuk kerajaan negeri kerana buntu memilih calon menteri besar manakala di Kedah pula kemelut politik belum terungkai walaupun Pakatan Harapan telah membentuk kerajaan negeri dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai menteri besar. Ada cakap-cakap Pilihan Raya Negeri Kedah mungkin terjadi dalam masa terdekat. Mengapa begitu?

Situasi di Kedah selepas PRU14 adalah 50-50 di antara kerajaan negeri Pakatan Harapan dan pembangkang yang terdiri daripada PAS dan Barisan Nasional.

Walaupun Pakatan Harapan memiliki lebih kerusi tetapi gabungan kerusi pembangkang menjadikan situasi 50-50 dan dijangka akan menyukarkan proses memilih Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) pilihan Pakatan Harapan sebaik sahaja dewan bersidang nanti.

Macam-macam hal terjadi selepas PRU14. Kita tunggu dan lihat apakah kesudahannya khabar angin Pilihan Raya Negeri Kedah menjadi kenyataan atau tidak.

Situasi 50-50. Pilihan Raya Negeri Kedah Bakal Terjadi?

ALOR SETAR 22 Mei – Kedah berkemungkinan besar terpaksa mengadakan sekali lagi Pilihan Raya Negeri jika kerajaan dan pembangkang daripada Pas serta Barisan Nasional (BN) gagal mencapai persetujuan dalam soal pemilihan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sehubungan itu dia berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Kedah merestui calon Speaker DUN yang dipilih Pakatan Harapan (PH).

“Yang menjadi isu kritikal adalah pemilihan Speaker DUN kerana dalam keadaan berbelah-bahagi, satu undi daripada Speaker dikira.

Mesti Baca: Tangguh Bayaran PTPTN Kuatkuasa Serta Merta

“PH akan mendapat 19 undi yang membenarkan kita meluluskan (rang undang-undang dalam DUN) dengan majoriti mudah tapi untuk melepasi peringkat awal, pemilihan Speaker DUN itu yang saya fikir kena bincang dengan pembangkang bagi mendapatkan kerjasama mereka.

Pilihan Raya Negeri Kedah

Menteri Besar Kedah Daripada Pakatan Harapan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir

“Kata ada 18 di pihak kami mencadangkan calon Speaker kemudian ditolak pembangkang, kemudian di sana (pembangkang) cadang juga tapi kami tolak maka ada kemungkinan dalam keadaan terpaksa perlu dibuat pilihan raya negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH Kedah menang 18 kerusi DUN, Pas mendapat 15 kerusi dan tiga kerusi dimenangi BN.

Mesti Baca: Keputusan Mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Pakatan Harapan

Mukhriz berkata, sudah pasti PH, pembangkang mahupun rakyat tidak akan berasa gembira untuk mengadakan satu lagi pilihan raya negeri.

“Pilihan raya negeri hanya membuang masa dan duit, jadi saya mohon pertimbangan pembangkang untuk merestui calon Speaker DUN PH. Jadi kerja-kerja pentadbiran ini boleh berjalan lancar,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz memberitahu, pihaknya menolak tawaran tidak rasmi yang diterima daripada Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri ini – Sumber Artikel

Khabarnya PAS siap sedia bila-bila masa andai terjadi Pilihan Raya Negeri Kedah pula selepas ini.

Admin harap selesaikan cara baik dan muafakat.

Buang duit sahaja buat PRN Kedah pula.

Mana lagi penting buat kerja untuk rakyat atau berebut kuasa yang tak berkesudahan?

Mesti Baca: Apa Terjadi Kalau Batal Projek ECRL?

Leave a Reply

error: Content is protected !!