Plaza Tol Lebuhraya PLUS Dan ELITE Operasi Elektronik Sepenuhnya

Plaza Tol Lebuhraya PLUS Dan ELITE Operasi Elektronik Sepenuhnya. Sila ambil perhatian serius untuk semua pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan ELITE yang mana kedua-dua lebuhraya tersebut telah menguatkuasakan penggunaan transaksi elektronik sepenuhnya mulai 26 April 2017. 

Tiada lagi bayaran tunai diterima di mana-mana plaza tol bagi kedua-dua lebuh raya ini. Hanya kad PLUSMiles, Touch ‘n Go dan Smart Tag sahaja yang diterima.

Plaza Tol Lebuhraya PLUS Dan ELITE Operasi Elektronik Sepenuhnya

Sebanyak 71 plaza tol di lebuh raya kendalian Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melibatkan laluan Juru-Skudai termasuk lebuh raya Elite beroperasi secara transaksi elektronik sepenuhnya mulai 12.30 tengah hari tadi.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, dengan pelaksanaan fasa terakhir ini bermakna kesemua 94 plaza tol PLUS kini dikendalikan secara elektronik.

PLUS Dan ELITE Operasi Elektronik Sepenuhnya

Beliau berkata, selepas ini tiada lagi transaksi tol secara tunai dan orang ramai hanya boleh membayar tol secara elektronik dengan menggunakan kad PLUSMiles, Touch ‘n Go dan Smart Tag sahaja.

Mesti Baca: Kabinet Tetapkan Jumlah Denda AES RM150

Langkah tersebut bagi membantu pengguna lebuh raya membuat transaksi dan melalui plaza tol dengan lebih mudah serta selesa.

“Sistem pembayaran tol secara elektronik adalah 300 peratus lebih pantas daripada pembayaran tol secara manual atau tunai,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pelaksanaan transaksi lebih pantas di Plaza Tol Sungai Besi di sini. – Sumber 

Pada pendapat admin, penguatkuasaan ini memang sesuai dan kena dengan masanya kerana umat islam akan menyambut puasa dan haria raya Aidilfitri dalam bulan 6 ini.

Seperti biasa pada musim perayaan lebuh raya akan sesak teruk dan diharapkan penggunaan transaksi elektronik sepenuhnya ini akan mengurangkan kesesakan pada musim perayaan.

Sekali lagi diingatkan! Tiada lagi bayaran tunai diterima selepas Plaza Tol Lebuhraya PLUS dan ELITE operasi elektronik sepenuhnya mulai 26 April 2017.

Leave a Reply

error: Content is protected !!