Menu

Sah! Calon Presiden FAM Tunku Ismail Lawan Annuar

Tentu ramai yang tertunggu-tunggu siapakah yang akan bertanding untuk merebut jawatan panas Presiden FAM. Tapi dalam 4 calon sebelum ini Baca Sini

Akhirnya terjawab sudah siapa yang akan merebut jawatan tersebut dalam Kongres FAM Ke-53 yang berlangsung pada 25 Mac ini.

Presiden FAM: Tunku Ismail VS Annuar

Presiden FAM

Presiden FAM

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menentang bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa

Dua calon sebelum ini iaitu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat tidak mengemukakan borang pencalonan sehingga pukul 5 petang, 13 Februari 2017.

Sah sudah! Admin melihat pertembungan ini sangat menarik selepas kedua-dua calon dilihat sering berbalas kenyataan dengan pendedahan panas berkaitan penajaan pasukan dan sebagainya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengumumkan calon yang sah bertanding jawatan panas tersebut dalam satu sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.

Mesti Baca: Mario Gomez Calon Jurulatih Harimau Malaysia?

Tapi…. kedua-dua calon yang sah bertanding tersebut masih boleh menarik diri sehingga kongres tersebut berlangsung.

Selain itu, empat calon sah bertanding jawatan Timbalan Presiden FAM, sembilan calon Naib Presiden FAM, 17 calon Exco (lelaki) dan tujuh calon Exco (wanita) – Sumber 

Siapa calon Presiden FAM pilihan anda?

Pilihan admin?

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!