Projek Kereta Api Laju Malaysia-Singapura Dimeterai Esok

Projek kereta api laju Malaysia-Singapura akan ditandatangani esok, 13 Disember 2016 semasa Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melakukan lawatan kerja ke negara ini untuk menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ketujuh.

Projek Kereta Api Laju Malaysia-Singapura

“Semasa Pemukiman Pemimpin ketujuh ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disusuli mesyuarat delegasi.

“Kedua-dua pihak akan membincangkan isu dua hala kepentingan bersama, mengkaji kemajuan kerjasama dua hala sedia ada, meningkatkan momentum perbincangan yang telah diadakan dan inisiatif yang dipersetujui pada Pemukiman Pemimpin 2015,┬ámenurut kenyataan Wisma Putra.

Projek Kereta Api Laju Malaysia-Singapura

Projek kereta api laju Malaysia-Singapura itu dijangka meningkatkan perhubungan, memudahkan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura, mengeratkan lagi hubungan perniagaan dan meningkatkan hubungan antara rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.

Baca Juga: Cara Menggunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Projek kereta api laju Malaysia-Singapura ini bukan saja merancakkan ekonomi kedua-dua buah negara tetapi yang penting ianya akan mengeratkan hubungan kedua-dua negara selepas terpalit dengan pelbagai isu terutama tuntutan bertindih Kepulauan Spratly.

Untuk rekod, Malaysia pernah kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura selepas Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa memutuskan Singapura lebih berhak ke atas pulau tersebut.

Leave a Reply

error: Content is protected !!