Prosedur Mengambil Anak Angkat/Anak Pelihara Di Malaysia

Mengambil anak angkat atau juga dipanggil anak perlihara bukan perkara baru. Biasanya, suami isteri yang bermasalah mendapat zuriat sendiri atau ada juga yang tiada anak lelaki/perempuan akan mengambil anak angkat. Apapun alasannya, jika berniat memelihara anak angkat ketahui dahulu prosedur mengambil anak angkat/anak pelihara di Malaysia untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada masa depan.

Jangan Keliru Anak Angkat Dan Anak Pelihara…..

Maksud Anak Angkat:

Mengikut Seksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253), anak angkat bermaksud telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan sebagai anaknya yang berterusan atau anak mereka secara anak angkat de facto selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan.

Maksud Anak Pelihara:

Kanak-kanak yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk pemeliharaan, jagaan dan kawalan oleh ibu bapa peliharaan berdasarkan Seksyen 30 (1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jabatan Yang Terlibat Dalam Proses Dan Prosedur Mengambil Anak Angkat/Anak Pelihara Di Malaysia:

Prosedur Mengambil Anak Angkat/Anak Pelihara Di Malaysia

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal dan proses pengambilan anak angkat/anak pelihara.

Mesti Baca: Lebih 100 Pasangan Bercerai Setiap Hari 2016

JANGAN memelihara anak angkat atau anak pelihara tanpa mendaftar dengan JKM jika tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari.

Jika berhajat memelihara anak angkat baca dahulu soalan lazim prosedur mengambil anak angkat/anak pelihara di Malaysia yang dipetik daripada Laman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Prosedur Mengambil Anak Angkat/Anak Pelihara Di Malaysia

1. Siapakah yang boleh memohon pengambilan anak angkat/anak pelihara?

Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (single parents) yang menetap/ tinggal di Malaysia

2. Apakah proses-proses mengambil anak angkat yang perlu dilakukan oleh bakal si ibu atau si bapa?

Bagi individu yang berminat untuk memohon anak pelihara, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dimana pemohon bermaustautin/tinggal ataupun melalui borang yang boleh dimuat turun dari Laman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Antara dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah:

  • Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  • Surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.
  • Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
  • Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan seperti penyata gaji dan yang berkaitan

Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat bagi tujuan penyediaan laporan sosial pemohon.

Mesti Baca: Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Perkara-perkara yang akan di bincangkan dalam sesi temuduga mengambil anak angkat adalah seperti berikut:

  • Menilai latar belakang sosial pemohon.
  • Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.
  • Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.
  • Kesangguran pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran
  • Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.

prosedur mengambil anak angkat/anak pelihara di Malaysia

Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?

  • Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).
  • Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.

Adakah menjadi satu kesalahan memelihara anak angkat/anak pelihara tanpa membuat pendaftaran atau memaklumkan kepada JKM?

Pengambilan anak pelihara secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada 1 minggu selepas pengambilan, dan sekiranya gagal memaklumkan, dan jika disabitkan kesalahan denda maksima adalah sebanyak RM10,000.00 atau 2 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali – Sumber 

Itulah prosedur mengambil anak angkat/anak pelihara di Malaysia.

Bagi yang berhajat nak ambil anak angkat atau anak pelihara pastikan ikut prosedur ni kalau tak nak susah kemudian hari..

Bukan kita saja yang susah tapi anak pun susah nak sekolah, nak dapat bantuan dan sebagainya.

Leave a Reply

error: Content is protected !!