Proton Ertiga Dilancarkan Pada Harga RM58,800

PROTON Holdings Bhd menutup tirai 2016 dengan melancarkan Proton Ertiga iaitu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) pada harga RM58,800 hingga RM64,800 di Semenanjung Malaysia.

Proton Ertiga dihasilkan dengan kerjasama Suzuki Motor Corp dari Jepun dan merupakan MPV pertama di Malaysia yang mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV) oleh Institut Automotif Malaysia.

proton ertiga

Proton Ertiga dibuat dengan penuh ketelitian, pada kelajuan 110km sejam pada 2,900 rpm enjin masih lagi senyap dan pelenyap bunyi daripada kebisingan jalan dan angin menjadikan MPV tersebut selesa dipandu kerana kurang gegaran.

MPV Proton Ertiga Datang Dalam Dua Versi

  • Executive (transmisi manual dan automatik)
  • Executive Plus (automatik)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton (CEO) Datuk Ahmad Fuaad Kenali, penjualan MPV terbaru Proton ini tidak akan menjejaskan jualan semasa MPV Proton Exora kerana masing-masing direka untuk segmen pasaran yang berbeza.

  • Ertiga agak padat berada dalam kereta segmen B (kecil)
  • Exora lebih besar berada dalam segmen kereta C (sederhana)

proton ertiga

Penggemar kereta jenama Proton boleh memandu uji MPV ini di pusat jualan Proton berhampiran.

Admin melihat rekabentuk MPV ini tidak jauh beza dengan Perodua Alza. Mungkin ini akan memberi saingan kepada jualan Perodua Alza kelak.

Apapun, belilah barangan keluaran tempatan. Admin pun nak pergi lihat dahulu MPV terbaru Proton Ertiga ini 🙂

Baca Juga: Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Leave a Reply

error: Content is protected !!