PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih

PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih. Tahun 2016 semakin hampir melabuhkan tirainya dan orang ramai berteka teki tahun 2017 akan berlangsung Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) walaupun tempoh Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) sekarang akan berakhir pada Jun 2018.

Namun begitu, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) boleh diheret ke 60 hari kemudian iaitu hingga Ogos 2018 sekiranya Parlimen tidak dibubar pada tarikh yang sepatutnya.

Kalau kita lihat sejarah politik negara tidak pernah terjadi lagi Parlimen tidak dibubar dan sejarah juga tidak pernah menyaksikan pilihan raya umum diadakan terlalu dekat dengan tarikh luputnya.

Kita tinggal sekejap bab berteka teki tarikh pilihan raya umum (PRU14). Anda dah daftar sebagai pengundi tak? Jangan sembang kencang dalam Facebook saja 🙂

Syarat, Cara Dan Semakan Daftar Pemilih

Semakan Daftar Pemilih

Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:

(a) Pendaftaran Baru

SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.

(b) Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi

SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.

Pendaftaran sebagai pemilih diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sebelum mendaftar sebagai pengundi, baca dahulu syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih iaitu:

  • Seorang warganegara Malaysia
  • Telah mencapai umur 21 tahun
  • Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa

Pusat pendaftaran sebagai pemilih boleh dibuat di lokasi-lokasi seperti berikut:

  • Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
  • Pejabat Pilihan Raya Negeri
  • Pejabat pos
  • Kaunter SPR melalui Program Outreach
  • Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
    Sila klik pada http://www.kln.gov.my/home/
  • Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan

Cara untuk mendaftar sebagai pengundi terbahagi kepada TIGA kategori iaitu:

i) Untuk Pemilih Biasa

  • Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran
  • Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda
  • Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan
  • Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

ii) Untuk Pengundi Tidak Hadir – Tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:

  • Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP
  • Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda
  • Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan
  • Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan
  • Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
  • Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan)

iii) Warganegara Malaysia Yang Berada Di Luar Negara

Pendaftaran pemilih dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:

  • Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara
  • Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda
  • Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda
  • Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan
  • Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan

semakan daftar pemilih

Jika anda telah mendaftar sebagai pengundi boleh buat semakan daftar pemilih. Semak NAMA, NO. KAD PENGENALAN dan LOKASI MENGUNDI. Maklumkan kepada SPR jika terdapat kesalahan. Klik Untuk Semakan

Begitulah syarat, cara dan semakan daftar pemilih. Jika ada kekeliruan boleh layari laman web rasmi SPR klik http://www.spr.gov.my/index.php

PRU14 semakin hampir. Daftar sebagai pengundi segera kalau tak nak terlepas peluang mengundi nanti.

Inilah masa anda boleh pangkah parti kesukaan. Tunjukkan kuasa anda menentukan kerajaan daripada parti mana yang anda mahu. Jangan hanya sembang kencang dalam Facebook saja ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!