Menu

Punca Bercerai Salah Beli Ikan Selayang Je….???

Kehidupan rumah tangga ada pasang surutnya, ada masa bahagia dan ada masa memendam rasa tetapi itu bukan alasan untuk meruntuhkan mahligai yang telah dibina atas dasar cinta. Apabila rumah tangga tidak dapat diselamatkan lagi, perceraian adalah jalan keluar. Sebaik-baiknya, lakukan apa yang terdaya untuk menyelamatkan rumah tangga kerana setiap masalah ada penyelesaiannya. Jangan disebabkan perkara remeh pun boleh menjadi punca bercerai seperti suami atau isteri tersalah beli ikan selayang di pasar. Janggal bukan?

Bagi kita memang nampak kelakar bercerai hanya kerana tersalah beli ikan tetapi mungkin ada kisah disebaliknya yang kita tidak tahu. Kadang-kadang pasangan menyimpan dendam kerana kesalahan lampau dan hanya menunggu masa pasangan membuat kesilapan, mereka mengambil kesempatan membalas dendam daripada pertengkaran kecil seterusnya melarat menjadi besar dan akhirnya bercerai.

Betul ke salah beli ikan selayang boleh jadi punca bercerai? logik ke tidak? macam kelakar sahaja tetapi inilah di antara punca perceraian di negeri Terengganu.

Salah Beli Ikan Selayang Pun Punca Bercerai….

Punca Bercerai

Mesti Baca: Empat Tanda Suami Curang. Suami Curang IQ Rendah?

KUALA TERENGGANU – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diberitahu tersalah beli ikan selayang, campur tangan keluarga dan kurangnya memahami erti sebenar perkahwinan dikesan antara punca perceraian yang berlaku dalam kalangan umat Islam di negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, situasi ini sekali gus memperlihatkan ada kalangan pasangan Islam di negeri ini yang kurang pengetahuan dan jahil mengenai ilmu perkahwinan hingga hal sebegitu remeh boleh menjadi punca perceraian.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung itu menjawab pertanyaan tambahan Roslee Daud (BN-Bukit Besi) yang ingin tahu apakah punca perceraian dan keberkesanan program-program yang diatur bagi mengatasi masalah itu di negeri ini. – Sumber

Selain itu, persefahaman juga penting dalam rumah tangga. Akibat tiada persefahaman, semua yang dilakukan pasangan nampak tidak kena di mata. Ada sahaja yang tidak betul.

Tetapi, jangan disebabkan tiada persefahaman menjadi punca bercerai. Carilah titik persamaan dalam perbezaan, itulah kuncinya.

Leave a Reply

error: Content is protected !!