Biadab, Tin Kosong Punca Graduan Gagal Temuduga?

Banyak sudah diperkatakan isu menganggur di kalangan graduan, boleh dikatakan isu ini tidak akan habis kerana ribuan graduan akan keluar setiap tahun. Sudah bermacam-macam kajian dan analisis mencari punca graduan gagal temuduga kerja dan ianya tidak akan berhenti. Mengapa?

Institusi pendidikan tinggi awam dan swasta seperti sebuah kilang yang menghasilkan produk yang belum tentu dapat dipasarkan. Jika dapat dipasarkan pun, hanya sebilangan kecil produk, selebihnya disimpan menjadi stok yang akhirnya dilupakan. Itulah ibarat seorang graduan.

Untuk pengetahuan anda, ada majikan yang mengatakan graduan biadab dan tin kosong di antara punca gagal temuduga kerja. Benarkah begitu? Sudahlah mahu minta kerja dengan orang tetapi bersikap biadab dan cakap macam pandai sangat tetapi tin kosong sahaja?

Biadab, Tin Kosong Punca Graduan Gagal Temuduga ?

Sebelum ini, admin pernah menulis selain daripada ijazah yang bergulung dan berkeping-keping, ilmu dan kemahiran adalah aset penting graduan. Gali pengalaman sebanyak mungkin BUKAN keluar universiti terus berangan nak jadi bos bergaji berpuluh ribu sebulan!

Bukan tidak boleh berangan langsung tetapi biarlah realistik. Dengan pengalaman kerja yang kurang atau tiada langsung, mana mungkin majikan nak gajikan kita dengan jawatan yang besar dan bergaji lumayan.

Punca Graduan Gagal Temuduga

Sebab itu, kajian jobstreet.com sendiri mengatakan di antara punca graduan gagal temuduga kerja adalah kerana meminta gaji yang tidak munasabah dengan pengalaman dan kemahiran.

Mulai hari ini, jadilah manusia yang berpijak di bumi yang nyata. Rendahkan ego dan jangan terlalu berharap pada benda yang tidak pasti. Saingan terlalu kuat untuk mendapat pekerjaan, jadi graduan mesti bersedia dengan ilmu dan kemahiran untuk masuk ke dunia pekerjaan yang sebenar.

Siapa Yang Cakap Graduan Biadab Dan Tin Kosong?

Pengarah Eksekutif ZY Phyto, Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly mengakui berdasarkan pengalamannya, generasi baru agak biadab, tidak sopan, manja, berkira, meminta-minta dan kurang rasa tanggungjawab.

Menurutnya, kebanyakan graduan muda yang diambil bekerja juga tidak menunjukkan kesungguhan, semangat, minat, prestasi dan bertanggungjawab seperti generasi terdahulu.

Katanya, lebih teruk, golongan ini hanya berfikir melakukan kerja mereka tanpa mempedulikan aktiviti pejabat, objektif syarikat dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan.

โ€œAsal cukup bulan dapat gaji cukup. Kalau rasa bosan, lompat cari kerja lain. Kalau tiada kerja pun masih boleh bergantung duduk dengan mak bapak,โ€ katanya.

Kata Sharifah Ameelia lagi, apa yang menyedihkan, kebanyakan mereka tidak bersedia terutamanya penyediaan resume dan tidak melambangkan sebagai lepasan universiti – Baca Artikel Penuh

Sebenarnya, semasa temuduga kerja jangan berlagak semua perkara kita tahu. Kalau kita tidak tahu berterus terang sahaja, jangan memandai-mandai. Itu yang buat orang menyampah, apatah lagi berdepan dengan panel penemuduga, memang gagal temuduga jawabnya.

Mulai hari ini, rendahkan ego. Mantapkan ilmu dan kemahiran seterusnya kejar matlamat mendapatkan pekerjaan idaman. Jadikan berbagai-bagai punca graduan gagal temuduga kerja sebagai panduan untuk anda lebih bersedia dalam sesi temuduga akan datang.

Kalau sudah dapat kerja pun hendaklah sentiasa beringat, sebagai orang baru kita hendaklah merendah diri dan belajar daripada orang lama walaupun kita berpangkat ketua. Tidak kira apa pun pangkat, ego yang tinggi hanya menyebabkan kita dipinggirkan dan jadilah kera sumbang dalam pejabat ๐Ÿ™‚

Mesti Baca: Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Gred 19, 29 Dan 41

Leave a Reply

error: Content is protected !!